influent | influen | Geologi | Tiada | 1. Sungai permukaan yang mengalir ke tasik, atau sungai atau cabang sungai yang mengalir ke sungai yang lebih besar.,2. Sungai yang mengalir ke dalam gua. |
effluent | efluen | Geologi | Tiada | 1. Sungai permukaan yang mengalir keluar dari tasik, atau sungai atau cabang sungai yang mengalir keluar dari sungai yang lebih besar.,2. Air kumbahan yang mengalir keluar dari suatu reservoir atau loji pembersih. |
intermittent stream | sungai bermusim | Kejuruteraan | Petroleum | Sungai yang mengalir hanya pada masa tertentu bergantung pada punca air yang terlibat dan pada masa yang lain ia tidak mengalir atau kering. Misalnya ia akan mengalir pada musim hujan dan berhenti pada musim kemarau atau mungkin kering untuk jangka masa tertentu. |
leakage curent | arus bocor | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Arus diingini yang mengalir menerusi atau melintasi permukaan bahan penebat. Arus terus yang mengalir menerusi bahan dielektrik lemah di dalam kapasitor. Arus ulang-alik yang mengalir melalui suatu rektifier dengan tidak terektifikasi (tidak menjadi arus terus). |
coulomb | coulomb | Teknik | Elektrik | 1. Unit bagi kuantiti elektrik (cas elektrik) yang mengalir ke dalam litar. Satu coulomb sama nilainya dengan satu ampere arus elektrik yang mengalir selama satu saat. 2. Cas elektrik yang mengalir di dalam litar yang mempunyai rintangan satu ohm, selama satu saat dengan tekanan satu volt. |
tidal current | arus pasang surut | Perikanan | Tiada | Arus yang mengalir ke kawasan pesisiran pantai semasa air pasang dan mengalir keluar semasa air surut. Arus pasang surut berlaku akibat daya tarikan graviti bulan dan matahari terhadap bumi serta putaran bumi. Arus ini kadangkala berkelajuan sehingga 20 km/jam atau 10 knot dan berbahaya semasa mengalir melalui terusan yang sempit ke kawasan teluk yang besar atau ke pelabuhan. |
running water | air mengalir | Geografi | Tiada | Aliran bertumpu atau tidak bertumpu yang mengalir di permukaan bumi. |
rectifier | rektifier | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Komponen litar tak linear yang membenarkan arus untuk mengalir lebih pada satu arah berbanding dengan arah yang lain. Secara unggul komponen tersebut membenarkan arus mengalir pada satu arah tanpa halangan tetapi tidak membenarkan arus untuk mengalir pada arah yang berlawanan. |
leakage current | arus bocor | Teknik | Elektrik | arus yang mengalir tidak pada laluan yang sepatutnya, seperti arus yang mengalir ke bumi apabila bahagian hidup litar dengan bahagian bumi bersentuhan. |
fluid | bendalir | Kimia | Tiada | Jirim yang boleh mengalir dan tidak mempunyai bentuk tetap. Sifatnya yang penting ialah kebolehannya untuk mengalir di dalam saluran atau tiub. Bendalir terdiri daripada dua jenis, iaitu cecair dan gas. Air dan oksigen merupakan bendalir, tetapi air ialah cecair sementara oksigen pula ialah gas. |