Alfven cosmogony | kosmogoni Alfven | Matematik | Tiada | yang mengandaikan planet terbentuk daripada gas yang masuk ke dalam matahari dan menjadi terion apabila berlaku perlanggaran antara molekul akibat daya elektromagnet, kemudian mengental menjadi jasad. |
Laplace criterion | kriteria Laplace | Pentadbiran | Tiada | Kriteria yang mengandaikan kebarangkalian yang sama bagi setiap keadaan. |
authority theory | teori autoriti | Pentadbiran | Tiada | Teori yang mengandaikan bahawa pertimbangan tentang perhubungan manusia memang tiada kaitan dengan perniagaan dan kebanyakan orang memang pada kebiasaannya bergantung kepada orang lain, mementingkan diri sendiri, dan tidak mahu bekerjasama. |
capture theory | teori tawan | Matematik | Tiada | 1. Teori yang mengandaikan bahawa orbit semua komet berbentuk parabola, asalnya, dan orbit yang berbentuk elips itu merupakan orbit yang telah diubah oleh daya graviti planet tertentu yang berhampiran dengan jalan yang dilalui oleh komet yang berkenaan. |
defense hypothesis | hipotesis pembelaan | Sains Forensik | Tiada | Hipotesis yang mengandaikan bahawa seseorang individu lain yang mempunyai profil DNA yang sepadan adalah pelaku jenayah. Hipotesis pembelaan bercanggah dengan hipotesis pendakwaan. Simbol Hd. |
prosecution hypothesis | hipotesis pendakwaan | Sains Forensik | Tiada | Hipotesis yang mengandaikan bahawa suspek yang mempunyai profil DNA yang sepadan adalah pelaku jenayah. Hipotesis pendakwaan bercanggah dengan hipotesis pembelaan. Simbol HP. |
law of mortality | hukum kemortalan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hukum yang mengandaikan bentuk fungsi kemortalan adalah mengikut beberapa hukum seperti, Makeham, Gompertz dan sebagainya. |
Paterson method | kaedah Paterson | Pentadbiran | Tiada | Kaedah penilaian kerja yang mengandaikan bahawa semua kerja boleh dianalisis berasaskan penglibatan seseorang dalam sesuatu pekerjaan. |
accretion hypothesis | hipotesis tokokan | Geologi | Tiada | Hipotesis asal mula bumi yang mengandaikan bahawa bumi terbentuk daripada nukleus kecil yang kemudiannya membesar dengan penambahan jasad pepejal sedikit demi sedikit. |
alpha particle model | model zarah alfa | Kejuruteraan | Tiada | Model nukleus yang mengandaikan nukleus terbina daripada unit-unit asas zarah alfa. |