westerlies | angin baratan | Sains | Hidrometeorologi | Angin dominan yang bertiup dari barat ke timur yang terdapat di kawasan latitud tengah di kedua-dua hemisfera di permukaan bumi jalur baratan menganjur puratanya dari sekitaran latitud 35� ke latitud 65� . Pada aras yang tinggi, angin baratan menganjur lebih jauh ke arah khatulistiwa dan ke arah kutub. |
discordant coastline | pinggir laut menganjur | Geografi | Tiada | Pinggir laut yang memotong struktur geologi sebuah kawasan. Dikenali juga sebagai pinggi laut Atlantik. |
stratosphere | stratosfera | Sains | Hidrometeorologi | 1. Lapisan atmosfera di atas troposfera tetapi di bawah mesosfera. Ia menganjur dari tropopaus ke ketinggian yang suhunya mula bertambah di sekitar 20 � 25 km. Suhu di stratosfera berjulat dari �45o hingga �75oC. Kadar tukaran suhunya stabil (pada min, hampir isoterma). Ciri yang paling terserlah dalam pola edaran stratosfera ialah kemampatannya; walau bagaimanapun, apabila perubahan berlaku, ia terjadi dengan cepat. Kandungan udara stratosfera pada dasarnya sama dengan atmosfera bawah, dengan tambahan ozon. 2. Lapisan atmosfera yang menganjur ke atas dari tropopaus ke dasar termosfera, iaitu, ke aras suhu minimum pada ketinggian lebih kurang 70 atau 80 km. Dengan takrif ini, stratosfera termasuk mesosfera, ozonosfera, dan semua atau sebahagian daripada kemosfera. |
offset | ofset | Kesenian | Tiada | Bahagian yang menganjur keluar daripada sesuatu permukaan. |
sinkhole | lubang benam | Geologi | Tiada | Lubang yang menganjur dari permukaan ke suatu rongga di bawah tanah dan terbentuk umumnya oleh rembesan air permukaan melalui batuan kars. |
axoplast | aksoplas | Biologi | Histologi dan Sitologi | Filamen yang menganjur daripada kinetoplas ke akhir sesuatu jasad tripanosom tertentu. |
siderosphere | siderosfera | Geologi | Tiada | Bahagian pusat teras bumi yang menganjur dari kedalaman kira-kira 5100 km ke pusat bumi. |
pediment | pedimen | Geologi | Tiada | Permukaan batuan bercerun landai yang menganjur jauh dari sebuah dataran tinggi atau gunung di kawasan gersang atau separa gersang, yang terbentuk dari penggondolan, terutamanya hujan yang lebat atau hujan ribut. |
infiltration ditch | longkang penyusupan | Geografi | Tiada | Longkang buatan yang menganjur ke zon tepu dan mengalirkan air dengan pengaruh graviti dari akuifer ke permukaan bumi atau ke dalam lopak atau perigi. |
pilaster | pilaster | Kejuruteraan | Tiada | Tiang berbentuk segi empat yang menganjur keluar sedikit daripada permukaan dinding. |