activist | aktivis | Sejarah | Tiada | Orang yang menganjurkan atau mengamalkan aktivisme. |
convener | penganjur | Sejarah | Tiada | Orang yang menganjurkan satu perhimpunan umum atau perjumpaan secara formal untuk tujuan tertentu biasanya apabila timbul isu-isu yang menarik perhatian atau isu yang kontroversial. |
bounty | baunti | Undang-undang | Tiada | 1. Wang yang dibayar atau premium yang ditawarkan untuk menggalakkan atau menganjurkan sesuatu tujuan atau supaya sesuatu tindakan atau perkara dilakukan.,2. Sejumlah wang yang diberikan, lazimnya oleh kerajaan, kepada orang-orang tertentu kerana perkhidmatan yang sudah atau akan diberikan untuk rakyat. |
historicism | fahaman sejarah | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Proses mengkaji dan mempelajari sesuatu analisis politik dengan menyelidik perjalanan sejarah. Contohnya, Karl Marx menganjurkan pandangan mengenai interpretasi materialis tentang fahaman sejarah masyarakat manusia. Menurut beliau, sejarah manusia difahami melalui pertentangan kelas, iaitu antara kelas penindas dengan kelas tertindas. Beliau meramalkan perkembangan sejarah manusia melalui analisis sejarah yang bersifat dialektik materialisme. Oleh itu, aspek material yang penting dalam perkembangan sejarah manusia ialah aktiviti ekonomi. |
Islamic Centre for the Development of Trade (ICDT) | Pusat Pembangunan Perdagangan Islam (ICDT) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermatlamat untuk menggalakkan perdagangan antara negara anggota. Organisasi ini memberikan nasihat, menyebarkan maklumat dan menganjurkan seminar, pesta perdagangan dan pameran bagi menggalakkan perdagangan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). |
biodynamic farming | perladangan biodinamik | Pertanian | Agronomi | Kaedah pertanian organik yang menekankan konsep keseimbangan perhubungan antara tanah, tanaman dan haiwan dalam satu sistem ekologi yang tertutup dan mampu membekal nutrien sendiri tanpa input dari luar. Kaedah ini melibatkan penggunaan najis haiwan sebagai baja asli dan sisa tanaman sebagai kompos, tanpa penggunaan baja dan racun kimia. Selain itu, rumusan herba dan mineral ditambah pada kompos atau disembur bagi memenuhi keperluan nutrien oleh tanaman. Perladangan biodinamik menganjurkan tanaman bersepadu dengan penternakan, tanaman campuran, tanaman penutup bumi, baja hijau dan kitaran semula nutrien. Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr. Rudolph Steiner pada tahun 1920. |
North America Free Trade Agreement (NAFTA) | Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke |
International Criminal Police Organization (Interpol) | Polis Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol. |
community relations | perhubungan kemasyarakatan | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah dan fungsi dalam bidang perhubungan awam yang bertujuan untuk memastikan citra syarikat atau organisasi dan institusi sentiasa berada dalam keadaan positif di mata khalayak, khususnya mereka yang berada di sekitar organisasi. Pendekatan perhubungan kemasyarakatan biasanya dirancang dan disesuaikan dengan budaya dan pola kehidupan khalayak di tempat syarikat atau organisasi beroperasi. Perhubungan kemasyarakatan boleh berlaku sama ada organisasi bersifat proaktif dengan menganjurkan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat berdasarkan permohonan dan bantuan yang disediakan. Sistem perhubungan biasanya dilakukan melalui ketua masyarakat, seperti ketua kampung, penghulu, dan tuai rumah. Terdapat dua cara aktiviti kemasyarakatan dilakukan, iaitu secara terancang dan tidak terancang. Antara aktiviti secara terancang yang kerap dilakukan termasuklah gotong-royong, kemp |
Islamic Chamber of Commerce and Industry (ICCI) | Dewan Perniagaan dan Industri Islam (ICCI) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan, perusahaan dan kraftangan antara negara anggota. Institusi ini juga membuat cadangan bagi melindungi kepentingan ekonomi dan kegiatan perniagaan dunia Islam serta menggalakkan kerjasama antara dewan perniagaan Islam, dan pertubuhan perniagaan, perusahaan dan pertanian antarabangsa lain. Antara matlamat lain adalah menganjurkan pesta perdagangan, pameran, seminar dan syarahan, menggalakkan peluang pelaburan dan usaha sama, menyediakan proses timbang tara bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan dan perusahaan serta menggalakkan pertukaran maklumat perniagaan, teknikal, perusahaan, serta pengurusan dan saintifik antara negara anggota. |