fluoride therapy | terapi fluorida | Pergigian | Tiada | Rawatan mengaplikasikan larutan berfluorida berbentuk gel atau cecair pada permukaan gigi. Ion fluorida di dalam larutan ini akan diserap oleh gigi dan akan menguatkannya. Gigi akan menjadi lebih resistan terhadap tindakan asid bagi mengurangkan kejadian karies. |
biomechanics | biomekanik | Sains Sukan | Biomekanik | Disiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik. |
sports science | sains sukan | Sains Sukan | Biomekanik | Bidang yang mengaplikasikan sains ke dalam sukan dan menggabungkan disiplin-disiplin seperti perubatan, anatomi, psikologi, fisiologi, biomekanik dan pemakanan. |
biophysics | biofizik | Sains Sukan | Biomekanik | Cabang ilmu sains sukan yang mengaplikasikan prinsip dan kaedah fizik dalam sistem biologi, yang memfokuskan aspek saintifik pergerakan manusia. Cabang ilmu ini melibatkan disiplin ilmu biomekanik, anatomi, fisiologi, kawalan motor dan psikologi. |
theatrical style | gaya keteateran | Kesenian | Drama dan Teater | Olahan persembahan yang mengaplikasikan teknik teater sama ada pada gaya penataan pentas atau gaya berdialog. |
teaching practice | latihan mengajar | Pendidikan | Tiada | Program guru pelatih dikehendaki mengajar di sekolah dan berpeluang mengaplikasikan teori yang dipelajari. Dalam tempoh mengajar, guru pelatih dibimbing dan dinilai. |
data modelling | pemodelan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses membina model data dalam kejuruteraan perisian dengan mengaplikasikan deskripsi model data formal menggunakan beberapa teknik pemodelan. Proses ini penting dalam mentakrifkan keperluan perniagaan bagi satu pangkalan data. Proses ini juga dinamakan pemodelan pangkalan data kerana lama-kelamaan model data ini akan diguna pakai dalam satu pangkalan data. Pemodelan data boleh terdiri daripada skema konseptual, skema logik dan skema fizikal. |
transportation tableau | tablaeu pengangkutan | Pentadbiran | Tiada | Jadual yang digunakan untuk memaparkan parameter-parameter bagi masalah pengangkutan dan menyediakan cara yang mudah untuk mengaplikasikan algoritma penyelesaian. |
transportation table | jadual pengangkutan | Pentadbiran | Tiada | Jadual yang digunakan untuk memaparkan parameter-parameter bagi masalah pengangkutan dan menyediakan cara yang mudah untuk mengaplikasikan algoritma penyelesaian. |
straight news | berita biasa | Komunikasi | Korporat | Maklumat semasa yang ditulis dan disiarkan dalam bentuk biasa tanpa sebarang ulasan dan penjelasan tambahan. Teknik penyiaran berita ini mengaplikasikan kaedah penulisan asas dalam bidang kewartawanan termasuk kewartawanan siaran. Ciri penulisan tertumpu kepada aplikasi 5W/1H (what, when, where, why, who dan how). Walau bagaimanapun, kaedah penulisan berita biasa untuk kewartawanan cetak dan kewartawanan siaran adalah berbeza disebabkan oleh fungsi dan sifat media yang berlainan. Dalam komunikasi korporat, pegawai yang bertanggungjawab sebagai penulis perlu memahami perbezaan ini bagi memastikan bahan publisiti yang di edarkan boleh digunakan oleh kedua-dua media. |