rocker | roker | Kesenian | Tiada | Alat untuk mengasarkan permukaan plat cetak guris mesotin. |
abrade | lelas | Pergigian | Tiada | Perbuatan mengasarkan permukaan gigi bagi mendapat pegangan bagi bahan tampalan. Ia boleh dibuat dengan menghembus bahan pelelas seperti serbuk alumina oksida kepada permukaan gigi tersebut. |
micro-abrasion | mikrolelasan | Pergigian | Tiada | Prosedur mengasarkan permukaan gigi bagi mendapatkan pegangan bahan restorasi. Mikrolelasan dilakukan dengan menyemburkan zarah aluminium oksida halus bersaiz antara 10 m - 30 m ke permukaan gigi dengan menggunakan udara mampat. |
graining | pengiraan; pembijian; pembintikan | Kesenian | Tiada | 1. Pengiraan: Proses mengasarkan permukaan batu dalam litografi supaya senang menangkap warna. |
pumice stone | batu pumis | Kesenian | Tiada | Batu ringan berwarna kelabu untuk mengasarkan permukaan atau latar sesebuah citra. |
abrasive | pelelas | Pergigian | Tiada | Agen yang digunakan untuk menghakis permukaan gigi bagi mengasarkan permukaannya. Ini akan menambah luas permukaan dan membantu pegangan restorasi. Ia juga boleh digunakan untuk melicinkan permukaan restorasi bagi menghalang pembentukan plak. Bahan pelelas ini berbentuk serbuk alumina oksida, pes penggilapan atau kertas pasir, bergantung kepada permukaan yang hendak dilelas. |
knurling tool | perkakas lorek | Kejuruteraan | Tiada | Roda kecil yang bergerak longgar pada sebatang cemat yang terpasang pada hujung bar besi, dan digunakan untuk mengasarkan atau melorek kepala skru. |