wilayah khassah | kuasa pengawasan khas | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus kemaslahatan individu atau pihak lain seperti kuasa seorang bapa mengawasi harta kanak-kanak atau kuasa Gabenor Bank Negara untuk mengawasi institusi kewangan dan perbankan. Pihak yang memiliki kuasa ini dinamakan sebagai wali khas. |
pumper | operator pengeluaran | Kejuruteraan | Tiada | Pekerja yang mengawasi pengeluaran sebuah telaga. |
kansa | penimbang tara | Sukan | Tiada | Orang yang mengawasi keseluruhan perjalanan perlawanan, pengadilan dan penghakiman. Dia berhak memberi pandangan dan nasihat tetapi tidak mempunyai kuasa pemutus. |
area librarian | pustakawan daerah | Perpustakaan | Tiada | Pustakawan yang mengawasi bahagian yang terhad lagi padat di perpustakaan daerah, dan bertanggungjawab kepada sebilangan kecil cabangannya dan bahagian perkhidmatan lain di daerah tersebut. |
insect control | kawalan serangga | Perubatan | Tiada | Perihal menjaga, mengawasi atau mencegah sesuatu kerosakan disebabkan oleh serangga. |
dietary control | kawalan diet | Perubatan | Tiada | Menyukat dan mengawasi jenis, campuran dan nisbah makanan yang dimakan seseorang. |
jurugasing | jurugasing | Sukan | Tiada | Orang yang menjaga dan mengawasi gasing yang juga dikenali sebagai tukang gasing. |
production operator | operator pengeluaran | Kejuruteraan | Tiada | Pekerja yang mengawasi pengeluaran sebuah telaga. |
marshall | marsyal; pengawas | Sukan | Tiada | 1. Pengawas: Pegawai yang mengawasi gelanggang ketika pertandingan dijalankan dan tidak membenarkan sesiapa berada di kawasan pertandingan kecuali petugas rasmi dan atlet. |
haris | penjaga | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa mengawasi, mengurus dan melaksanakan suatu tindakan. Haris ialah pemegang amanah bagi penjagaan yang tidak mensyaratkan ganjaran. Contohnya, meminta rakan menjaga barangan untuk sementara waktu. Sekiranya disyaratkan ganjaran atau upah, haris bertanggungjawab menggantikan barangan yang rosak atau hilang seperti pada kes bank yang menawarkan khidmat peti simpanan keselamatan dengan dikenakan bayaran. |