energy fluence | fluens tenaga | Kejuruteraan | Tiada | Jumlah tenaga dengan mengecualikan tenaga rehat, bagi semua zarah atau kuantum yang menuju suatu sfera kecil dalam suatu sela masa tertentu, dibahagikan dengan luas keratan rentas sfera itu. |
demolition clause | fasal meroboh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal dalam polisi kebakaran yang mengecualikan kos liabiliti kerugian harta insured apabila ordinan bangunan memerlukan struktur diroboh setelah mengalami kerosakan. |
delay clause (marine) | fasal tangguh (marin) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peruntukan kontrak yang mengecualikan liabiliti akibat kerosakan atau kehilangan pasaran disebabkan oleh penangguhan pelayaran. |
war clause | fasal perang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal dalam kontrak insurans yang mengecualikan atau mengurangkan liabiliti insurer jika kerugian disebabkan peperangan. |
excess resonance integral | kamiran resonans berlebihan | Kejuruteraan | Tiada | Kamiran resonans apabila keratan rentas mengecualikan bahagian yang berubah secara songsang dengan kelajuan neutron. |
free of capture and seizure clause | fasal bebas tawan dan rampas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal yang mengecualikan tuntutan atas sebab kerosakan atau penawanan oleh musuh negara insured. |
waiver of premium benefit | faedah penepian premium | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Faedah di dalam polisi insurans hayat yang mengecualikan pembayaran premium apabila pihak yang diinsuranskan hilang upaya dan perlindungan diteruskan seperti biasa. |
free of particular average clause (marine) | fasal bebas dari averaj tertentu (marin) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ungkapan insurans marin yang mengecualikan insurer daripada kerugian separa selain daripada kerugian averaj am. |
rider | rider | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lampiran kepada polisi yang mengubahsuaikan syarat polisi sama ada dengan meluas atau mengehadkan faedah atau mengecualikan sebahagian syarat-syarat perlindungan. |
droit administrative | undang-undang pentadbiran | Sejarah | Tiada | 1. Undang-undang pentadbiran di Perancis.,2. Undang-undang pentadbiran di benua Eropah yang mengecualikan badan kerajaan dikenakan sebarang tindakan kecuali oleh tribunal pentadbiran. |