cold chain | rangkaian sejuk | Kejururawatan | Tiada | Kaedah pengawalan suhu penyimpanan bahan seperti makanan atau ubat untuk mengekalkan kepotenannya. Contohnya, mengekalkan suhu semasa pengangkutan vaksin. |
acid-base buffer system | sistem penimbal asid-bes | Perubatan | Tiada | Sistem kawal atur penimbal asid-bes dalam badan yang membantu mengekalkan pH darah dengan mengekalkan kepekatan ion hidrogennya dan tidak berubah oleh pencairan, penambahan asid atau alkali. |
acid base buffer system | sistem penimbal asid-bes | Kejururawatan | Tiada | Sistem kawal atur penimbal asid-bes dalam badan yang membantu mengekalkan pH darah dengan mengekalkan kepekatan ion hidrogennya dan tidak berubah oleh pencairan, penambahan asid atau alkali. |
progestin | progestin | Farmasi | Tiada | Sejenis hormon seks wanita yang mengekalkan kehamilan dan berfungsi bersama dengan estrogen untuk mengekalkan kitar haid. Progestin yang wujud secara semula jadi ialah progesteron. |
back mutation | mutasi balik | Bioteknologi | Tiada | Mutasi yang membalikkan kesan mutasi ke depan dengan mengekalkan jujukan nukleotida asal sehingga dapat mengekalkan fenotip liar. bd. mutasi ke depan. |
molecular sequence conservation | pemeliharaan jujukan molekul | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Usaha untuk menjaga dan mengekalkan jujukan gen atau protein sewaktu berlaku evolusi bagi mengekalkan fungsinya. |
Frise ailerons | aileron Frise | Aeroangkasa | Tiada | Aileron yang mengekalkan kelicinan permukaan atas sayap apabila diturunkan.,Sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelidikan aeronautik dan angkasa lepas.,Aileron yang mengekalkan kelicinan permukaan atas sayap apabila diturunkan. |
water-holding capacity | keupayaan pegang air | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kebolehan sesuatu bahan mengekalkan kandungan air yang sedia ada atau yang ditambah. Contohnya, keupayaan daging untuk mengekalkan kandungan airnya apabila dikenakan daya luaran seperti pemotongan, pengisaran, penekanan atau pemanasan. Keadaan berjus dan kelembutan hasilan daging bergantung pada keupayaan pegang air. |
Tree Preservation Order | Perintah Pemeliharaan Pokok | Landskap | Tiada | Arahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan kepada pemilik tanah supaya mengekalkan atau menanam semula pokok bagi mengelakkan berlakunya kepupusan atau untuk mengekalkan ciri-ciri unik yang ada pad a po kok tertentu. |
toxoid | toksoid | Farmasi | Farmakologi | Bahan atau toksin yang telah dirawat menggunakan bahan kimia atau haba bagi memusnabkan atau mengurangkan kesan toksiknya tetapi masih mengekalkan keupayaan atau kesan antigeniknyauntuk merangsang pengbasilan antitoksin. Selain itu, toksoid juga merujuk kepada eksotoksin terubah suai atau ternyahaktif yang telah kehilangan kesan toksiknya tetapi masih mengekalkan kebolehan untuk bergabung atau merangsang penghasilan antitoksin. Toksoid digunakan dalam proses imunisasi dengan cara merangsang penghasilan antibodi. Contohnya, toksin bakteria yang dirawat dengan menggunakan formaldehid untuk mengurangkan kesan toksiknya tetapi pada masa yang sama mengekalkan kesan antigeniknya untuk digunakan bagi menyediakan vaksin difteria dan tetanus. |