cyanidation | pensianidaan | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengekstrak emas dan perak daripada bijih yang diolah dengan larutan natrium atau kalium sianida cair. |
free-milling | kempa bebas | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengekstrak perak dan emas, melalui penghancuran dan pengamalgaman tanpa melibatkan proses-proses lain. |
sonic extraction | pengekstrakan sonik | Herba | Fitokimia | Kaedah mengekstrak kandungan kimia daripada sampel dengan bantuan gelombang bunyi yang menghasilkan getaran. Melalui kaedah ini, pengekstrakan berlaku dengan lebih berkesan kerana sampel terlerai dan penggaulan sampel dengan pelarut berlaku dengan lebih aktif. |
silver reactor | reaktor perak | Kejuruteraan | Tiada | Bekas untuk mengekstrak wap iodin daripada aliran gas dengan menggunakan argentum nitrat. |
bacterial leaching | larut lesap bakteria | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengekstrak logam daripada amang lombong atau bijih yang rendah kandungan logamnya dengan menggunakan bakteria. |
hexone | hekson | Kejuruteraan | Tiada | Pelarut organik yang digunakan untuk mengekstrak plutonium daripada bahan api terpakai. |
extract layer | lapisan ekstrak | Kejuruteraan | Tiada | Lapisan pelarut untuk mengekstrak bahan larut ke dalamnya. |
superzapping | pensuperzapan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan mengubah atau mengekstrak data secara terus daripada perisian dengan melepasi mekanisme keselamatan perisian tersebut. Perbuatan ini dilakukan dengan menggunakan penyunting perenambelasan (HEX) untuk menjelajahi kandungan bit data dalam perisian yang disasarkan. |
expectation value | nilai jangkaan | Kimia | Tiada | Kuantiti yang digunakan untuk mengekstrak maklumat tentang sifat sistem yang terdapat dalam fungsi gelombang. |
cyanide process | proses sianida | Kimia | Tiada | Proses yang digunakan untuk mengekstrak emas daripada bijihnya, menggunakan larutan kalium sianida. |