diazoresorcinol | diazoresorsinol | Perubatan | Tiada | Ubat yang menyebabkan kulit mengelupas, disapukan pada kulit untuk rawatan akne dan dalam bentuk losyen untuk merawat kelemumur. |
weeping eczema | ekzema basah | Kejururawatan | Tiada | Jangkitan kulit yang bercirikan kemerah-merahan, mengelupas dan berair. |
internal perispore | perispora dalaman | Biologi | Mikologi | Perispora yang terletak di bahagian dalam dan mudah mengelupas jika bertindak balas dengan asid sulfurik. |
macerated stillbirth | lahir mati maserat | Kejururawatan | Tiada | Kelahiran fetus yang tidak bernyawa dalam keadaan kulit mengelupas, bengkak dan lembut. |
pellicle | pelikel | Biologi | Mikologi | Kutikel tipis dan pilih yang melekit jika dibasahi. Kutikel ini mudah mengelupas atau menyerpih. |
scab | kudis | Biologi | Patologi | Penyakit yang dicirikan oleh gejala berupa belur yang jelas hingga menyebabkan permukaan tumbuhan menebal, berkeropeng dan seterusnya mengelupas. Biasanya bahagian ini kemudiannya dilapisi oleh lapisan gabus. Contohnya ialah penyakit kudis yang disebabkan oleh Actinomyces sacbies pada ubi kentang yang menunjukkan gejala di atas. |
black scurf | keropeng hitam | Biologi | Patologi | Penyakit pada ubi kentang yang disebabkan oleh kulat Rhizoctonia solani. Gejala utamanya ialah pembentukan kerak hitam mengelupas daripada kulit ubi kentang yang terserang. Bahagian tersebut merupakan sklerotium kulat. |
blastomycosis | blastomikosis | Biologi | Mikologi | Penyakit pada manusia atau haiwan yang disebabkan oleh kulat yang mempunyai sel tunas, misalnya Blastomyces dermatitides. Kulit yang dijangkiti kulat ini menunjukkan gejala melecur dan mengelupas. Kulat ini juga dapat melakukan jangkitan sistemik pada paru-paru, tulang, dan organ-organ lain. |
carbon disulfide poisoning | keracunan karbon disulfida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvul |