compliance audit | audit pematuhan | Pentadbiran | Tiada | Mekanisme pemeriksaan yang sistematik dan bebas bagi menilai keberkesanan proses yang didokumenkan dan dilaksanakan menurut perancangan organisasi. Antara objektif utama audit pematuhan ialah pertama, mengenalpasti kepatuhan atau ketidakpatuhan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti sebagaimana yang ditetapkan. Kedua, mengenalpasti keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti di dalam memenuhi Dasar Kualiti yang ditetapkan. Ketiga, memberi peluang kepada juruaudit untuk menambah baik sistem. Audit ini dijalankan untuk memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan di jabatan atau agensi dilaksanakan mengikut prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Audit pematuhan juga bertujuan untuk menentukan sesuatu aktiviti jabatan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Audit pematuhan adalah satu keperluan di bawah Piawaian Antarabangsa ISO 9001 dan tidak terikat dengan Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah organisasi. Di samping itu, audit ini juga menilai keberkesanan Sistem |
risk management | pengurusan risiko | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan untuk mengenalpasti masalah, konflik atau isu yang dihadapi oleh organisasi dan seterusnya cuba mengurang dan menghapuskannya. Biasanya pelbagai kaedah digunakan oleh majikan untuk mengurangkan tekanan atau beban organisasi. Analisis SWOT (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) biasanya menjadi amalan pihak pengurusan atasan dalam mengurus risiko. Contoh, proses kenaikan pangkat yang lebih telus dan terbuka bagi mengelak ketidakpuasan hati pekerja dan hari keluarga serta dan sanggar kerja yang diadakan bagi mengatasi masalah hubungan renggang antara sesama pekerja atau antara pekerja-majikan. |
managing the risk | mengurus risiko | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengenalpasti apakah bentuk masalah, konflik atau isu yang dihadapi oleh organisasi. Biasanya pelbagai kaedah digunakan oleh majikan untuk mengurangkan tekanan atau beban organisasi. Analisis SWOT (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) biasanya menjadi amalan pihak pengurusan atasan dalam mengurus risiko. Contoh risiko yang biasa berlaku dalam organisasi ialah hubungan yang tidak baik di kalangan pekerja, majikan – pekerja, disiplin kakitangan, produktiviti lemah, ancaman persekitaran luaran organisasi seperti kedudukan ekonomi negara, persaingan, keadaan politik dan sebagainya. |
pilot testing | ujian rintis | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses menilai sesuatu perisian/perkakasan dalam persekitaran yang lebih kecil berbanding dengan persekitaran sepenuhnya dalam sesebuah organisasi. Ujian rintis dijalankan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah yang timbul sebelum pelaksanaan sepenuhnya dilakukan. Contohnya, pelaksanaan sekolah bestari dirintis dahulu di berapa sekolah sebelum diperluas di sekolah seluruh negara. |
genetic interaction mapping | pemetaan interaksi genetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk memaparkan hubungan di antara gen-gen dan interaksi fizikal di antara protein-protein secara sistematik. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti fungsi sesuatu gen baru dengan melihat bagaimana perlakuan gen mempengaruhi fenotip. |
problem solving | penyelesaian masalah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan yang diambil untuk menamatkan sesuatu krisis, perbalahan, kerumitan atau persoalan. Usaha ini melibatkan pemikiran atau proses kognitif yang mendalam dan memerlukan penguasaan kemahiran tertentu. Usaha ini akan cuba mengenalpasti punca masalah, menjana dan menilai penyelesaian alternatif, memilih penyelesaian yang terbaik, melaksanakan penyelesaian yang dipilih dan menilai hasil. Biasanya penyelesaian masalah dalam sesebuah organisasi dibuat oleh pihak pengurusan atasan dengan kerjasama ahli organisasi tersebut. Penyelesaian masalah kini sudah mempunyai pelbagai teknik seperti introspection, behaviurisme, computer modeling, simulasi dan eksperimen. Dalam keadaan tertentu, kerjasama dari pihak luar organisasi diperlukan bagi penyelesaian sesuatu masalah, misalnya sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan turut memerlukan sokongan daripada agensi lain untuk menyelesaikan sesuatu kesulitan. |
policy evaluation | penilaian dasar | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Ditakrifkan sebagai suatu perkara yang amat penting demi menjamin kecemerlangan dan kejituan pelaksanaan sesuatu dasar awam. Ianya melibatkan empat tahap penilaian yang menjadi tunjang keefisienan sesuatu dasar yang dilaksanakan. Tahap-tahap tersebut ialah Penilaian Tahap Pengenalan Masalah (tahap mengenalpasti masalah dan factor penyebab kepada sesuatu isu), Penilaian Tahap Penerimaan Dasar (Fokus kepada analisis faedah, kos, kesan politik, ekonomi,kesan social dan moral sesuatu dasar terhadap kesejahteraan awam), Penilaian Tahap Pelaksanaan Dasar (Proses pemantauan maklumat tentang operasi dasar oleh golongan pelaksana dasar diteliti oleh eksekutif yang bertanggung jawab bagi memperbaiki keberkesanan dan keefisienan gaya pelaksanaan) dan Penilaian Tahap Pasca Pelaksanaan (Proses menilai faedah dan kesan keseluruhan selepas tamat tempoh pelaksanaa sesuatu dasar). |
retrenchment | pembuangan kerja | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan yang dikenakan oleh majikan memberhentikan kerja seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi. Biasanya, tindakan ini dibuat kerana berlakunya kemelesetan ekonomi, kekurangan keuntungan, ketidakstabilan politik, penggabungan syarikat, penggantian pihak pengurusan dan sebagainya. Dalam konteks ini, majikan mempunyai kuasa yang sah dalam mengenalpasti individu yang tidak menunjukkan prestasi yang produktif, berdasarkan tempoh masa tertentu untuk dibuang kerja. Kaedah ini dianggap kejam oleh sesetengah pihak kerana majikan dilihat bertindak tidak berlandaskan unsur-unsur kemanusiaan. |
pilot project | projek rintis | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kajian awal yang dibuat tentang sesuatu perkara bagi mengetahui sejauh mana ia boleh diterokai dalam suatu penyelidikan yang lebih besar dan produktif. Kajian seperti ini dilakukan sebelum memulakan sesuatu projek yang lebih besar dengan belanja yang banyak serta tempoh masa yang panjang. Projek rintis ini boleh mengenalpasti sebarang bentuk kelemahan, kekuatan dan aspek lain yang tidak dijangka. Ia kemudian boleh mencadangkan penambahbaikan atau menentukan sama ada projek yang lebih besar itu akan diteruskan atau tidak. |
task force | pasukan petugas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kumpulan individu dalam organisasi yang dilantik secara sah dan diberikan amanah serta tanggungjawab untuk menyempurnakan sesuatu tugas dalam sesuatu jangkamasa yang ditetapkan. Pasukan petugas biasanya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh seorang ketua yang memantau perjalanan sesuatu perkara atau projek sehingga selesai. Biasanya pasukan petugas ini dilantik untuk menyelidik dan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara atau projek yang hendak dilaksanakan sebelum ianya diputuskan. Sebagai contoh, pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memperkukuh kualiti pentadbiran organisasi yang lebih dikenali sebagai KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja). |