pilot | juruterbang; malim | Kejuruteraan | Tiada | 1. Seseorang yang mengendalikan kawalan pesawat udara atau pesawat angkasa daripada dalam pesawat itu, serta memandu dan mengawal pesawat itu semasa penerbangan.,2. Sistem mekanik yang direka bentuk untuk melaksanakan fungsi kawalan di dalam pesawat udara atau pesawat angkasa.,3. Bar keluli berbentuk silinder pada mata pelulas, yang bertindak sebagai pemandu yang mengikuti bahagian asal lubang gerek yang tak berlulas dan memaksa mata pelulas mengikutinya dan menjadi sepusat dengan bahagian lubang gerek asal yang tak terlulas. |
active record | rekod aktif | Perpustakaan | Tiada | 1. Rekod untuk mengendalikan tugas harian pejabat atau perniagaan. |
expansion vessel | bejana pengembangan | Kimia | Tiada | Sinonim: 1. pemisah sejuk 2. pemisah suhu rendah Sejenis pemisah yang reka bentuknya dibuat sedemikian rupa supaya boleh atau mampu mengendalikan dan meleburkan hidrat gas yang terbentuk akibat proses penyejukan melalui pengembangan dan gas yang dimasukkan ke dalamnya akan dibiarkan mengembang. Digunakan dalam proses pemisah sejuk dan kadang kala untuk mengendalikan pengeluaran dari telaga gas yang bertekanan tinggi yang boleh menghasilkan cecair ringan. |
expansion vessel | bejana pengembangan | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: 1. pemisah sejuk 2. pemisah suhu rendah Sejenis pemisah yang reka bentuknya dibuat sedemikian rupa supaya boleh atau mampu mengendalikan dan meleburkan hidrat gas yang terbentuk akibat proses penyejukan melalui pengembangan dan gas yang dimasukkan ke dalamnya akan dibiarkan mengembang. Digunakan dalam proses pemisah sejuk dan kadang kala untuk mengendalikan pengeluaran dari telaga gas yang bertekanan tinggi yang boleh menghasilkan cecair ringan. |
cable release | siaran kawat | Komunikasi | Tiada | 1. Alat yang digunakan untuk mengendalikan kamera filem secara jarak jauh. Alat ini digunakan bagi rakaman gambar yang menggunakan kaedah daripada satu bingkai ke bingkai yang lain. 2. Siaran yang diperoleh daripada agensi berita sama ada dalam bentuk elektronik atau media cetak. |
logistics | logistik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Penanganan butir-butir sesuatu operasi.,2. Aspek sains tentera yang mengendalikan pengangkutan, perkhemahan dan pembekalan pasukan dalam operasi tentera. |
joystick | kayu bedik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tuil yang digunakan untuk mengawal gerakan pesawat udara, untuk mengendalikan penaik dan aileron.,dan/atau lambang penjejak pada permukaan tiub sinar katod.,3. Peranti yang memungkinkan pengguna menggerakkan penanda kini di sekitar skrin komputer dengan menggerakkan sebatang rod tegak yang tersambung kepada liang masukan/keluaran pada komputer. |
lingua | lingua | Perubatan | Tiada | 1. Lidah, iaitu organ berotot pada lantai mulut, merupakan organ utama bagi rasa, membantu mengendalikan makanan semasa pengunyahan dan penelanan dan berperanan menjelaskan pertuturan. |
concierge | bahagian kerja rencam; pekerja rencam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bahagian kerja rencam: Bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan keperluan rencam dan perkhidmatan tetamu. 2. Pekerja rencam: Orang yang bekerja di bahagian rencam. |
keyboard | papan kekunci | Kejuruteraan | Tiada | 1. Papan kekunci: Set kekunci atau tuil kawalan yang mempunyai susunan bersistem dan digunakan untuk mengendalikan mesin atau kelengkapan-kelengkapan lain seperti mesin taip, penaip set, unit pemproses atau komputer.,2. Tatasusunan suis butang tekan yang mempunyai peranan-peranan yang berkaitan. |