Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nger.ja.kan] | مڠرجاکن

Definisi : 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (me­lakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark meng­usahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, mem­bunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengada­kan serta mengurus majlis perkahwinan dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nger.ja.kan] | مڠرجاکن

Definisi : 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menggolek batang terguling.

Bermaksud :

Mengerjakan pekerjaan yang mudah.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pilgrim brokersyeikh hajiSejarahTiadaOrang yang menguruskan jemaah yang akan mengerjakan haji dari segi penyediaan penginapan, pengangkutan, makan dan minum sepanjang tempoh mengerjakan haji.
agriculturepertanianGeografiTiadaProses mengerjakan tanah untuk menghasilkan bahan makanan
capacitykeupayaanKejuruteraanKejuruteraan BangunanKebolehan atau kemampuan mengerjakan atau memikul sesuatu beban.
licenseepemegang lessenPerhutananTiadaSeseorang yang memiliki surat kebenaran untuk mengusahakan atau mengerjakan sesuatu atau sesebuah kawasan hutan.
licence of exploitationlesen pengusaha hasilanPerhutananTiadaSurat kebenaran untuk mengusahakan atau mengerjakan sesuatu atau sesebuah kawasan hutan.
licence of exploitationlesen pengusaha hasilanPerhutananPengurusan HutanSurat kebenaran untuk mengusahakan atau mengerjakan sesuatu atau sesebuah kawasan hutan.
licenseepemegang lessenPerhutananPengurusan HutanSeseorang yang memiliki surat kebenaran untuk mengusahakan atau mengerjakan sesuatu atau sesebuah kawasan hutan.
interruptionsampukanTeknologi MaklumatTiada1. Isyarat kawalan khas yang memberitahu pemproses utama supaya berhenti mengerjakan tugas yang sedang berjalan dan beralih ke suatu kawasan ingatan tertentu. 2. Gangguan penghantaran mesej yang mungkin disebabkan oleh kegagalan perkakasan, talian komunikasi terputus atau sistem pengurusan fail yang rosak.
interruptsampuk; gangguKomputerTiada1. Sampuk: Isyarat kawalan khas yang memberitahu pemproses utama supaya berhenti mengerjakan tugas yang sedang berjalan dan beralih ke suatu kawasan ingatan tertentu.,2. Aset sistem komputer hilang, tidak tersedia dan tidak boleh digunakan.
land taxkharajEkonomiEkonomi IslamBayaran cukai yang dikenakan oleh pemerintah terhadap petani bukan Islam yang mengerjakan tanah sama ada milik sendiri atau milik kerajaan. Kharaj terdiri daripada dua jenis iaitu kharaj amaliah dan kharaj muqasamah.
12

Kembali ke atas