recommendation | mengesyorkan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
Gaia | Gaia | Kejuruteraan | Tiada | Hipotesis yang mengesyorkan bahawa benda hidup di bumi boleh dianggap sebagai entiti tunggal yang berupaya memanipulasi keadaan alam sekitar untuk memenuhi keperluannya. |
corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pentadbiran | Tiada | Konsep yang mengesyorkan bahawa setiap syarikat harus mengambil kita kebajikan masyarakat umumnya dalam segala tindak-tanduknya. |
maintenance factor | faktor selenggara | Pentadbiran | Tiada | Salah satu daripada dua faktor dorongan yang mengesyorkan bahawa faktor-faktor seperti gaji, tempat kerja, dasar syarikat, dan lain-lain dapat mendorong pekerja. |
PAM (pulse amplitude modulation) | PAM (modulasi amplitud denyutan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses yang mewakili isyarat analog selanjar (pertuturan suara) bersama-sama siri sampel analog diskret. Konsep ini berasaskan teori maklumat yang mengesyorkan bahawa isyarat boleh dicipta dengan tepat daripada sampel yang mencukupi. |
United Nations Economic and Social Council (ECOSOC) | Majlis Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Salah satu badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Anggotanya dilantik oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut giliran berdasarkan kewilayahan dan tempoh keanggotaannya selama tiga tahun. Fungsi badan ini terbahagi kepada tiga kategori umum. Pertama, membincangkan dan mengesyorkan cadangan dalam isu berkaitan hak asasi manusia, pelarian, pembangunan ekonomi dan sosial, kebudayaan, pendidikan, kesihatan, bekalan makanan, pengangkutan dan perdagangan, populasi, dadah, perumahan, keadaan buruh, dan komunikasi. Kedua, melakukan kajian dan membuat laporan yang berkaitan dengan kategori pertama. Laporan ini menjadi sumber maklumat utama yang digunakan oleh kerajaan dan penyelidik persendirian. Ketiga, menyelaras segala aktiviti dan perhubungan antara pelbagai agensi yang terlibat dalam program ekonomi dan sosial antarabangsa. Sinonim ECOSOC. |