octane number | nombor oktana | Kimia | Tiada | Nombor yang memberikan ukuran kecenderungan sesuatu bahan api untuk mengetuk apabila dibakar di dalam enjin. Nombor ini diperoleh daripada peratus isi padu isooktana, C8H18 (2,2,4-trimetilpentana) dalam campuran isooktana (tanpa ketuk) dan heptana, C7H16, (mempunyai ketuk tinggi) yang menentukan kecenderungan bahan api untuk mengetuk apabila digunakan di dalam enjin pembakaran dalaman. Misalnya, heptana mempunyai nombor oktana 0 dan isooktana 100. |
mallet | gandin | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penukul yang kepalanya dibuat daripada kayu atau bahan lain yang lembut untuk mengetuk hulu peralatan kayu, seperti pahat, tanpa merosakkan alat tersebut. Biasanya gandin dibuat daripada kayu tumpat, kuat dan mempunyai sifat tahan hentak yang baik. Alat ini juga digunakan untuk mengetuk bahagian benda kerja yang hendak dipasang. |
knocking-down | mengetuk | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
percuss | perkus | Perubatan | Tiada | Mengetuk dengan jari atau alat dengan perlahan. |
percussion | perkusi | Perubatan | Tiada | Kaedah mengetuk sesuatu bahagian tubuh dengan jari untuk mendiagnosis sesuatu penyakit. |
air hammer | tukul udara | Pelayaran | Tiada | Alat untuk mengetuk/memukul rivet atau bolt menggunakan udara mampat. |
rivetting hammer | tukul rivet | Kesenian | Tiada | Tukul untuk mengetuk kepala rivet. |
finger taping | ketuk jari | Sains Kesihatan | Tiada | Perbuatan mengetuk jari mengikut suku kata, khususnya bagi individu yang gagap. |
katuk kain | katuk kain | Kesenian | Seni Batik | Proses mengetuk-ngetuk dengan gandin sambil melipat kain batik yang sudah siap, dijemur dan dikanji khususnya batik sarung dan batik lepas, supaya kelihatan berkilat dan kemas. |
impact printer | pencetak hentaman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Mesin cetak yang mengetuk aksara pada reben dan kertas. |