Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.tung] | مڠݢنتوڠ

Definisi : 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut):perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.tung] | مڠݢنتوڠ

Definisi : 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggantung

Puisi
 

Tinggi pusat tinggi beringin,
     Tempat menggantung anak dewa;
Hendak berpesan dengan angin,
     Angin tidak pandai berkata.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suspension eyemata ampaianSosiologiTiadaLubang untuk menggantung alat, contohnya pada pengering rambut.
bazookabazukaKomunikasiTiadaAlat yang digunakan untuk menggantung lampu yang terdapat di bahagian atas studio.
casing hangerpenggantung selongsongKejuruteraanTiadaPeranti untuk menggantung rentetan selongsong.
tubing hangerpenggantung tetiubKejuruteraanTiadaPeranti untuk menggantung rentetan tetiub.
pipe hangerpenggantung paipKejuruteraanTiadaPeranti untuk menggantung rentetan selongsong dan rentetan tetiub di dalam telaga.
rod hangerpenggantung rodKejuruteraanTiadaPeranti untuk menggantung rod penyedut pada tiang atau di derik.
meat hookcangkuk dagingPentadbiran PerniagaanTiadaCangkuk besi untuk menggantung lembu, kambing dan sebagainya semasa hendak mencatu daging tersebut kepada bahagian-bahagian tertentu.
clothes horsekekuda pakaianPentadbiran PerniagaanTiadaRangka penyidai tempat menggantung pakaian atau linen di rumah untuk dianginkan atau dikeringkan.
drop bag fittingrak karungPentadbiran PerniagaanTiadaRak tempat menggantung karung mel bagi memudahkan isihan ikatan surat dan benda-benda pos lain yang tidak boleh diisih melalui rak isihan.
bag frame rackrak karungPentadbiran PerniagaanTiadaRak tempat menggantung karung mel bagi memudahkan isihan surat dan benda-benda pos lain yang tidak boleh diisih melalui rak isihan.
123

Kembali ke atas