Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gem.bléng] | مڠݢمبليڠ

Definisi : 1. Jw menempa (besi) supaya menjadi tipis atau keras; 2. ki menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dll) utk melakukan (meng­hasilkan, memperteguh, dsb) sesuatu: penduduk kampung itu ~ tenaga utk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi ~ modal dlm negeri utk membiayai perusahaan; mengikut Paul Postal, tatabahasa transfomasi-generatif ~ ciri-ciri utama tatabahasa tradisional; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gem.bléng] | مڠݢمبليڠ

Definisi : 1 menempa sesuatu supaya keras: ~ besi. 2 ki melatih dan mendidik supaya teguh hati; memperkuat semangat: Presiden Soekarno dpt ~ seluruh rakyat Indonesia dgn pidatonya yg berapi-api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggembleng


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
strategic allianceperikatan strategikPengurusanPerancanganPendekatan yang diambil oleh organisasi untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga dengan organisasi lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam persaingan. Contohnya, perikatan strategik antara Universiti Awam dengan syarikat penerbangan yang menjalin kerjasama untuk mencapai kepentingan antara kedua-dua pihak. Pihak syarikat penerbangan dapat menjadikan universiti sebagai pelanggan korporat, manakala pihak universiti pula dapat menjadikan syarikat penerbangan tersebut sebagai tempat latihan industri dan kajian kes untuk rujukan penyelidikan kepada pelajar dan staf universiti.
synergysinergiPengurusanPerancanganKeadaan apabila prestasi yang melebihi daripada jangkaan dan mampu dihasilkan oleh organisasi dengan menyatukan individu atau sumber serta menggembleng keupayaan secara kerjasama. Lazimnya, sinergi boleh ditunjukkan dalam bentuk analogi �kesan 2+2=5�, iaitu hasil yang diperoleh melebihi daripada yang sepatutnya. Matlamat utama pencapaian sinergi dalam organisasi adalah untuk penggunaan tenaga kerja dan sumber lain secara cekap dan optimum.
competencekebolehcekapanPengurusanPerancanganKemampuan seseorang untuk melaksanakan tugas atau kerja dengan secekap mungkin untuk mencapai tujuan yang diharapkan. Tahap kebolehcekapan dicapai dengan menggembleng pengetahuan, kemahiran dan komitmen tenaga kerja untuk mencapai tahap produktiviti yang berdaya saing. Penilaian kebolehcekapan digunakan dalam pengurusan sumber manusia adalah untuk memilih calon yang berkelayakan bagi mengisi sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.
corporate responsibilitytanggungjawab korporatPentadbiranPentadbiran Awam

Kewajipan agensi atau badan swasta membantu pihak kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara. Tanggungjawab korporat merangkumi pelbagai aspek seperti pematuhan undang-undang, merealisasikan dasar kerajaan, menyokong segala usaha dan tindakan kerajaan, membayar cukai dan memberi sumbangan untuk kebajikan. Contohnya, pihak korporat mempunyai tanggungjawab untuk menggembleng tenaga bersama-sama kerajaan menarik pelaburan asing dalam konteks menjana pembangunan ekonomi negara.

bureaucracybirokrasiPengurusanPerancanganSuatu sistem kawalan dalam organisasi yang dibentuk oleh pengurusan atasan untuk menjadi peraturan pentadbiran yang rasional dan sistematik. Tujuan birokrasi diwujudkan adalah untuk menyelaraskan dan mengarahkan aktiviti kerja setiap individu mengikut hierarki dan posisi jawatan dalam organisasi dalam urusan pentadbiran. Sistem ini juga ketara dalam sektor perkhidmatan dan pentadbiran awam. Contoh pelaksanaan birokrasi lebih jelas dilihat pada carta organisasi yang menunjukkan kedudukan jawatan individu dalam organisasi dan aliran kawalan aktiviti kerja. Sistem ini lebih berkesan bagi menggembleng tenaga kerja dalam organisasi yang besar dan bilangan pekerja yang ramai.

Kembali ke atas