Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.geng.gam] | مڠݢڠݢم

Definisi : 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.geng.gam] | مڠݢڠݢم

Definisi : 1 memegang sesuatu di dlm tangan yg dikepalkan; memegang di dlm genggam: ~ padi. 2 ki menguasai sepenuhnya; memegang kuasa; memerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggenggam

Peribahasa

Memegang erat,
     menggenggam teguh.

Bermaksud :

Pendirian yang tetap.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opposite gripcekak berlawanSukanTiadaSebelah tangan menggenggam palang dari sebelah atas dan sebelah tangan lagi menggenggam dari sebelah bawah.
mixed gripgenggam campurSukanTiadaSejenis genggaman, dengan sebelah tangan menggenggam di atas dan satu lagi menggenggam ke bawah.
crumplemenggumalPentadbiran PerniagaanTiadaMenggenggam, mengepal dan merenyukkan.
snatch gripcekak sambarSukanTiadaMenggenggam palang dengan jarak selebar mungkin untuk pergerakan tarik sambar.
underhand gripcekak tangan bawahSukanTiadaPerbuatan menggenggam palang dari bahagian bawah dengan kedua-dua belah tangan.
grapplegelutKejuruteraanTiadaAlat yang dipasang pada pancing bagi menggenggam ikan dan mengeluarkannya dari telaga.
overhand gripcekak tangan atasSukanTiadaKedua-dua belah tangan menggenggam palang dari bahagian sebelah atas.
grasp reflexrefleks genggamPerubatanTiadaRefleks yang mengandungi gerakan mencengkam atau menggenggam pada jari tangan atau kaki, semasa bertindak balas terhadap sebarang ransangan.
negativismnegativismePerubatanTiadaSikap atau kelakuan yang berlawanan dengan sesuatu arahan atau norma. Misalnya, pesakit skizofrenia katatonik akan menggenggam tangannya dengan lebih kuat apabila disuruh membuka genggamannya.
hand tailingtangkap ekorPerikananTiadaKaedah menaikkan ikan ke atas dek bot dengan memegang bahagian ekor ikan. Bagi ikan yang bersaiz kecil, pemancing menggunakan tangannya untuk menggenggam bahagian ekor ikan dan menaikkan ikan tersebut ke atas dek. Bagi ikan yang bersaiz besar, tali digunakan untuk mengikat ekor ikan dan takal digunakan untuk menaikkan ikan ke atas dek.
12

Kembali ke atas