العلة | kecacatan | Agama Islam | Hadith | Kecacatan yang boleh menggugat darjat Ḥadīth ṣaḥīḥ atau ḥasan. |
differential settlement | enapan kebezaan | Kejuruteraan | Tiada | Enapan asas yang tidak sekata yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan struktur. Ia juga boleh mengakibatkan kecondongan pada struktur yang terlibat. |
disruptive technology | teknologi pengganggu | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Teknologi baharu yang menggantikan yang menggugat teknologi sedia ada yang lapuk. Teknologi ini direka hampir sama dengan teknologi sedia ada yang pernah digunakan misalnya perisian, perkakasan komputer, sistem rangkaian. |
differential settlement | enapan kebezaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Enapan asas yang tidak sekata yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan struktur. Ia juga boleh mengakibatkan kecondongan pada struktur yang terlibat. |
security vulnerability | kegoyahan keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan apabila terdapat pendedahan kepada perbuatan yang mampu menggugat keselamatan sesuatu sistem maklumat atau pelancaran pemprosesan sistem maklumat berkenaan. |
g�tterd�mmerung | g�tterd�mmerung | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang bertemakan keruntuhan dan kemusnahan dunia yang diiringi oleh keganasan yang menggugat ketamadunan manusia. Kekalahan tentera Austria dan rusia di Austerlitz yang dilukiskan oleh Tolstoy dalam karyanya War and Peace disebut g�tterd�mmerung. G�tterd�mmerung berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud �senja kala dewa-dewa�. |
operation security (OPSEC) | keselamatan pengendalian (OPSEC) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal mengenal pasti maklumat kritikal yang bernilai pada pihak lawan seperti pengguna hasad. Maklumat tersebut boleh menggugat aktiviti biasa atau integriti data. Tiap langkah utama yang digunakan ialah: i. mengenal pasti data, maklumat, perbuatan, tindakan, dan aktiviti yang boleh diperhatikan secara bebas oleh pengguna hasad. ii. Menentukan petanda atau pembayang yang mungkin diperoleh pengguna hasad untuk menerbit atau meneka sesuatu maklumat kritikal dengan betul dalam suatu tempoh yang berguna kepadanya. iii. Mengambil tindakan untuk menghapus atau mengurangkan kewujudan petanda berkenaan ke suatu paras yang petanda tersebut tidak akan menjadi berguna kepada pengguna hasad berkenaan. |
domestic tragedy | tragedi keluarga | Kesusasteraan | Tiada | Drama tragedi yang memaparkan masalah kehidupan peribadi atau rumah tangga dalam masyarakat kelas pertengahan (borjuis). Sehingga akhir kurun ke-17, kebanyakan tragedi menampilkan kemusnahan protagonis dalam kalangan bangsawan yang menggugat kedudukan negara. Pada kurun ke-18, penulis mula mempopularkan tragedi keluarga. Tragedi ini mengisahkan masalah biasa yang dialami setiap hari oleh protagonis daripada masyarakat borjuis dan semasa. Tragedi keluarga boleh diaplikasikan secara berhati-hati daripada karya Ibsen, Strindberg, Eugene O�Neill, Tennessee Williams, dan Arthur Miller. |
trusted computing base (TCB) | asas pengkomputan terpercaya (TCB) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Aras sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan. |
Tempest standard | piawai Tempest | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk mengehadkan emanasi daripada alat elektronik. Emanasi ini boleh dipintas dan dianalisis oleh pengguna hasad untuk mengetahui kandungan data dalam emanasi tersebut. Piawaian ini diberikan kepada perkakasan yang tidak mengeluarkan emanasi yang boleh menggugat kerahsiaan komunikasi. Piawaian ini juga diberikan kepada alat yang hanya mengeluarkan emanasi yang tidak dapat menembusi ruangan atau premis terpercaya. |