Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.fal] | مڠحافل

Definisi : membaca atau mempelajari ber­ulang-ulang supaya hafal: sehari-hari ber­tubi-tubi ~ nama-nama teknikal yg begitu rumit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hafal (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, lancar;,
Kata Terbitan : menghafal, menghafaz,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
memorizingmenghafalPsikologiTiadaTiada
word rehearsallatihan dialogKesenianDrama dan TeaterProses menghafal dan memastikan pelakon mengucapkan dialog dengan lancar bagi mendapatkan keyakinan dalam menghidupkan watak dan perwatakannya.
drill methodkaedah latih tubiPsikologiPsikologi UmumKaedah amalan yang dilakukan berulang-ulang secara sistematik sehingga sesuatu yang diingini tercapai. Contohnya, untuk menghafal sesuatu bahan bacaan, individu perlu membaca dan mengingati bahan tersebut secara berulang-ulang sehingga dapat mengingatinya dengan baik.
narrative grammarnahu naratifKesusasteraanTiadaSuatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita han

Kembali ke atas