Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.lang] | مڠهالڠ

Definisi : 1 menahan se­suatu supaya tidak dpt bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opioid antagonistantagonis opioidFarmasiFarmakologiAgen yang boleh mengurangkan aktiviti reseptor opioid dengan menghalang pengikatan opioid, dan seterusnya menghalang pengaktifan reseptor tersebut.Tindakaniniakan menghalang tubuh daripada bertindak balas terhadap opiat dan endorfin. Kesemua antagonis opioid yang digunak:an dalam perubatan adalah tidak selektif, sama ada menyekat ketiga-tiga reseptor opioid ( 1Cdano) atau menyekat reseptor opioid f.1 tetapi mengaktifkan reseptor opioid K. Contoh antagonis opioid ialah nalokson, naltrekson, levalorfan, siprodim dan naltrindol.
self-incompatibilityketidakserasian sendiriPertanianAgronomi

 Berkaitan keadaan yang menghalang persenyawaan sendiri. Ketidakserasian sendiri berlaku disebabkan perbezaan biokimia antara debunga dengan stigma yang menghalang pembentukan tiub debunga, seterusnya menghalang persenyawaan. Oleh itu, tiada biji benih dihasilkan.

receptor antagonistantagonis reseptorPerubatanTiadaMolekul yang bergabung pada reseptor dan menghalang penggabungan molekul agonis yang lain dan seterusnya menghalang daripada berlakunya kesan agonis. Sebagai contoh, atropin merupakan antagonis bagi reseptor asetilkolina. Asetilkolina menyebabkan bradikardia, manakala atropin menghalang kesan asetilkolina lalu menyebabkan takikardia. Contoh ubat yang bertindak sebagai antagonis ialah Propranolol, Promethazine dan Omeprazole. Sinonim antagonis.
antifibrinoliticantifibrinolisisFarmasiFarmakologi1. Berk.aitan dengan merencat atau menghalang fibrinolisis atau mengurangkan penguraian fibrin. 2. Agen yang merencat atau menghalang fibrinolisis. Agen ini berfungsi dengan mengganggu pembentukan enzim fibrinolitik plasmin daripada plasminogen oleh pengaktif plasminogen di permukaan fibrin. Agen ini menghalang tapak ikatan plasminogen dan seterusnya menghenti.kan pembentukan plasmin. Contoh agen ini ialah asid aminokaproik dan asid traneksamik yang biasa digunakan dalam rawatan menorhagia dan pendarahan.
antiperspirantantipeluhPerubatanTiada1. Menghalang perpeluhan. 2. Bahan yang menghalang perpeluhan.
nicotinic antagonistantagonis nikotinikFarmasiFarmakologiSejenis drug antikolinergik yang menghalang tindakan asetilkolina pada reseptor asetilkolina nikotinik. Antagonis nikotinik bertindak: menghalang transmisi sinaptik pada ganglion autonomik, simpang neurootot, otot rangka dan sinaps nikotinik yang terdapat pada sistem saraf pusat. Drug jenis ini digunak:an terutamanya dalam pembedahan yang memerlukan paralisis atau kerehatan ke atas otot periferi. Tubokurarin ialah contoh drug klasikal yang kini jarang digunakan lagi. Contoh lain ialah buproprion dan mekamilamina yang menghalang reseptor asetilkolina nikotinik di dalam otak:. Drug-drug ini telah dicadangkan penggunaannya untuk merawat ketagihan dadah.
palatal crib applianceaplians krib lelangitPergigianTiadaAplians yang direka bagi menghalang tabiat menghisap jari. Aplians ini menghalang jari daripada diletakkan di bahagian lelangit dan mengurangkan kenikmatan jari untuk dimasukkan ke dalam mulut. Aplians ini digunakan bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai gigitan silang posterior. Aplians ini terdiri daripada gegelang yang disimen pada gigi molar pertama dan dawai arkus lingual yang dipadankan secara pasif pada permukaan palatal gigi atas yang dipateri pada gegelang tersebut. Dawai tambahan dipaterikan kepada dawai arkus lingual bagi membentuk krib untuk menghalang peletakan jari.
repressionrepresiBioteknologiTiadaMekanisme yang menghalang pengekspresian gen dan seterusnya menghalang sintesis enzim tertentu.
anticholinergicantikolinergikPerubatanTiada1. Menghalang impuls saraf melalui saraf parasimpatetik. 2. Bahan yang menghalang impuls saraf parasimpatetik.
antiflatulentantiflatulenFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengaomerawatangin atau gas yang berlebihan di dalam salur gastrousus. 2. Agen yang dapat menghalang penghasilan angin atau gas yang berlebihan di dalam perut dan usus. Terdapat dua jenis mekanisme tindakan agen ini, iaitu dengan menghalang penghasilan gas atau membebaskan gas dari salur gastrousus. Contoh agen yang menghalang penghasilan gas ialah makanan tambahan berasaskan enzim (MTBE} seperti produk yang mengandungi a-galaktosidase atau laktase, dan perencat berasaskan herba (PBH} seperti kayu manis, halia dan bawang. MTBE memecahkan bahan-bahan tidak hadam dan menghalang bahan ini daripada sampai ke usus besar bagi menjalani proses fermentasi oleh bakteria anaerobik sehingga menghasilkan gas. PBH mengurangkan gas terutamanya gas yang terhasil akibat memakan tum.buhan kekacang. Contoh agen yang membebaskan gas ialah simetikon. Agen ini akan bergabung dengan buih-buih gas kecil untuk membentuk buih-buih besar.Sehubungan itu, ia akan memudahkan pembebasan gas di dalam salur gastrousus melalui p
12345678910...

Kembali ke atas