Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.him.pit] | مڠهيمڤيت

Definisi : 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskin­an ~ kehidupan keluarganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.him.pit] | مڠهيمڤيت

Definisi : 1 menindih dgn sesuatu yg berat; menekan dr kedua-dua belah sisi; mengapit; menyepit: Budak itu pengsan dihimpit oleh orang ramai. 2 ki menekan; menindas; menyusahkan: Penderitaan yg dirasainya kian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
himpit
Kata Terbitan : berhimpit-himpit, menghimpit, terhimpit, himpitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compactionpemadatanKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses menghimpit zarah-zarah tanah bagi mengeluarkan udara daripada liang-liang supaya dapat meningkatkan ketumpatan kering tanah. Dengan menggunakan kaedah mekanik seperti menggelek dan menggetar, lapisan permukaan tanah yang dihasilkan lebih padat.
extrusionpenyemperitanKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses menghimpit bahan melalui satu bukaan berbentuk orifis bagi menghasilkan unsur lurus dengan kos keratan yang diperlukan.
tourniquettornikuetPerubatanTiadaAlat yang digunakan untuk menghimpit salur darah supaya pengalian darah dari atau ke tempat yang lebih distal ke/dari alat berkenaan tersekat.
penghimpitpenghimpitKesenianTiadaAlat panjang seperti pembaris besar yang digunakan untuk menghimpit anyaman daripada bergerak.
penindihpenindihKesenianTiadaAlat panjang seperti pembaris besar yang digunakan untuk menghimpit anyaman daripada bergerak.
squishskuisyKejuruteraan AutomotifEnjinRuang dalam kebuk pembakaran pada sesetengah enjin yang ombohnya menghimpit sebahagian campuran udara-bahan api pada penghujung lejang mampatan. Ketika omboh mendekati pusat takat terakhir atas, campuran tersebut tertolak keluar dari ruang himpitan. Keadaan ini menghasilkan gelora yang menyebabkan campuran udara-bahan api lebih sempurna, seterusnya pembakaran lebih cekap terhasil.
coil spring clutchcekam pegas gegelungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam yang menggunakan pegas gegelung untuk plat tekanan menghimpit cakera geseran ke roda tenaga.
diaghragm spring clutchcekam pegas gegendangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam yang menggunakan pegas gegendang untuk plat tekanan menghimpit cakera geseran ke roda tenaga.
compression gasketgasket mampatKejuruteraanKejuruteraan BangunanGasket yang dipasangkan di keliling kepingan kaca tingkap ataupun panel dinding dengan cara menghimpit rapat kepingan kaca tersebut.
osteopetrosisosteopetrosisPerubatanTiadaPenyakit keturunan yang jarang-jarang berlaku, yang ditandai dengan tulang yang amat padat yang mungkin diakibatkan kecacatan resorpsi zat tulang. Penyakit ini terjadi dalam dua bentuk, iaitu bentuk resesif autosom yang teruk, yang muncul pada peringkat kanak-kanak, dan bentuk dominan autosom (benigna) yang muncul pada peringkat remaja atau semasa dewasa. Bentuk resesif mungkin mengakibatkan penutupan rongga sumsum yang seterusnya mengakibatkan anemia, dan penyempitan foramen saraf pada tengkorak yang menghimpit saraf-saraf kranium, yang selanjutnya boleh menyebabkan pekak dan buta. Fraktur sering terjadi pada kedua-dua bentuk penyakit tersebut.

Kembali ke atas