Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.ni] | مڠهوني

Definisi : 1. mendiami, menduduki: meng­apa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.ni] | مڠهوني

Definisi : duduk atau tinggal di; mendiami; menduduki: Selama ia pergi, sayalah yg ~ rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huni
Kata Terbitan : berhuni, menghuni, penghuni, berpenghuni,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
occupymenghuniKejuruteraanTiadaTiada
pelage-inhabiting mitetungau menghuni buluVeterinarTiadaTiada
superficial dwelling mitetungau menghuni superfisialVeterinarTiadaTiada
exclusion principleprinsip eksklusiFizikMekanik KuantumPrinsip yang menyatakan bahawa tiada dua fermion yang seiras menghuni keadaan kuantum yang sama secara serentak. Sinonim prinsip eksklusi Pauli.
urban povertykemiskinan bandarSosiologiTiadaPenduduk bandar yang berpendapatan sangat rendah lazimnya terlibat dalam sektor informal dan menghuni rumah yang buruk di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan asas dan penyelesa.
wildlife managementpengurusan liarPerhutananTiadaPelan perancangan hutan yang dibentuk dengan mengambil kira keperluan kehidupan haiwan liar sama ada yang menghuni secara tetap atau yang singgah.
Fermi-Dirac distribution Functionfungsi agihan Fermi-DiracFizikHabaFungsi yang menentukan kebarangkalian sesuatu ahli suatu himpunan fermion takbersandaran akan menghuni keadaan tenaga tertentu apabila wujud keseimbangan terma. Contohnya, elektron di dalam semikonduktor atau logam.
orbital electronelektron orbitanFizikMekanik KuantumElektron yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi dan berada di sekitar nukleus. Elektron ini dikatakan menghuni satu orbit terkuantum.
wildlife managementpengurusan liarPerhutananPengurusan HutanPelan perancangan hutan yang dibentuk dengan mengambil kira keperluan kehidupan haiwan liar sama ada yang menghuni secara tetap atau yang singgah.
use and occupancy insuranceinsurans guna dan huniPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari pihak yang diinsuranskan tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan.
12

Kembali ke atas