antitermination factor | faktor antipenamatan | Biologi | Genetik | Protein yang membenarkan polimerase RNA tidak mengindahkan isyarat untuk memberhentikan penterjemahan pada satu tapak tertentu dalam molekul DNA. |
front garden | taman depan | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang dibina di hadapan bangunan untuk mengindahkan bahagian depan bangunan berkenaan. |
drapery | tirai hias | Kesenian | Drama dan Teater | Kain penghias pada gerbang prosenium pentas untuk mengindahkan dan memberikan erti kepada sesuatu persembahan. Dalam persembahan bangsawan, tirai hias dipasang pada binaan mahkota alam. Lihat jugamahkota alam. |
epenthesis | epentesis; penyelitan;; selitan (bunyi) | Kesusasteraan | Tiada | Epentesis: Penyisipan bunyi atau beberapa huruf dalam sesebuah kata akibat dari interaksi artikulasi dengan tujuan untuk mengindahkan pengucapan. Contoh: sentiasa menjadi senantiasa, gantung menjadi gumantung, bulan menjadi rangbulan/rembulan. |
barbarism | barbarisme | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan dalam bentuk perkataan atau perkataan yang wujud daripada kesalahan seumpama itu atau dengan kata lain perkataan dibentuk dengan tidak mengindahkan tatabahasa. |
artificial | tiruan | Kesenian | Seni Bina | Sifat sesuatu yang tidak asli dan dicipta seolah-olah menyerupai bahan atau bentuk asal. Contohnya, rumput, batuan dan tumbuhan tiruan yang digunakan untuk mengindahkan kawasan persekitaran. |
City Beautiful Movement | Gerakan Keindahan Kota | Landskap | Tiada | Kumpulan orang awam dan profesional di Amerika Syarikat yang muncul sesudah Eksposisi Agung Chicago. Mereka aktif dalam menyedarkan kerajaan supaya membangunkan dan mengindahkan bandar raya di negara tersebut. |
accompaniment | iringan | Muzik | Tiada | Muzik yang mengiringi sesuatu persembahan. Persembahan itu boleh diiringi sejenis alat muzik sahaja seperti piano, gitar atau ensembel kecil seperti kugiran atau ensembel besar seperti orkestra. Muzik iringan biasanya dapat membantu mengindahkan sesuatu persembahan seperti dari aspek ritma dan harmoni serta mampu melahirkan penghayatan terhadap karya tersebut. |