Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.nga.ti] | مڠيڠتي

Definisi : mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.nga.ti] | مڠيڠتي

Definisi : sentiasa ingat akan; tidak melupakan; mengenang: Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengingati


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chain mnemonicsnemonik berangkaiPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mengingati sesuatu perkara dengan menghubungkaitkan antara item sebelum dengan item selepas, atau mengingat item kedua bagi membantu mengingati item ketiga dan seterusnya. Proses ini dapat membantu mengingati keseluruhan maklumat tersebut. Contohnya, untuk membeli keperluan menyediakan sarapan pagi, apabila dibayangkan nasi lemak, maka tersenarailah keperluan membuatnya seperti ikan bilis, beras, santan, kacang, cili, timun dan bawang.
retrograde amnesiaamnesia retrogredPsikologiPsikologi UmumKecelaruan ingatan yang menyebabkan individu tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku sebelum berlakunya kecelaruan tersebut. Contohnya, individu yang mengalami trauma di kepala tidak berupaya untuk mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum kejadian traumatik tersebut.
rote memorizationingatan hafalanPendidikanTiadaPerbuatan mengingati semula maklumat tanpa semestinya memahami makna maklumat tersebut.
amnesiaamnesiaPerubatanTiadaKehilangan daya untuk mengingati semula pengalaman dan peristiwa lama.
anomiaanomiaPerubatanTiadaKehilangan daya untuk mengingati nama benda yang dikenali.
anterograde amnesiaamnesia anterogredPerubatanTiadaKehilangan daya untuk mengingati peristiwa atau kejadian yang berlaku selepas seseorang mengalami sesuatu trauma atau penyakit. Bdg. amnesia retrogred.
retrograde amnesiaamnesia retrogredPerubatanTiadaKehilangan daya untuk mengingati peristiwa atau kejadian yang berlaku sebelum seseorang mengalami sesuatu trauma atau penyakit. Bdg. amnesia anterogred.
image associationkait imejPendidikanTiadaKebolehan seseorang mengaitkan atau mengingati sesuatu benda, idea atau konsep yang disebut atau dilihat dengan idea atau konsep lain yang berkaitan.
interferencegangguanPendidikanTiadaProses yang berlaku apabila seseorang cuba mengingati maklumat tetapi diganggu oleh kehadiran maklumat lain.
reminder adversitingiklan peringatanPentadbiranTiadaPengiklanan yang digunakan untuk membuat pengguna sentiasa mengingati sesuatu keluaran.
123

Kembali ke atas