poison center | pusat racun | Perubatan | Tiada | Institusi yang berfungsi untuk mengintegrasikan perkhidmatan berkaitan dengan keracunan agar dapat mengurangkan risiko kejadian keracunan dan meningkatkan keberkesanan rawatannya. Perkhidmatannya merangkumi pembekalan maklumat berkenaan ubat dan racun, aktiviti kajian dan dokumentasi, perkhidmatan pendidikan dan pencegahan keracunan, serta makmal toksikologi. Di Malaysia, institusi ini dikenali dengan nama Pusat Racun Negara yang terletak di bawah kelolaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. |
globalisation | globalisasi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses berterusan yang mengintegrasikan politik, sosial dan budaya negara-negara melalui rangkaian pertukaran rentas sempadan yang dilonjakkan oleh langkah multilateralisme. Contohnya, globalisasi ekonomi, iaitu proses bagi membolehkan ekonomi negara bersepadu menjadi ekonomi antarabangsa melalui perdagangan, pelaburan asing secara langsung, aliran modal dan penyebaran teknologi. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, globalisasi bererti penerimapakaian sebuah peraturan oleh satu demi satu negara, sehingga akhirnya hanya peraturan itu sahaja yang diterima untuk seluruh dunia. |
common market | pasaran bersama | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang mengintegrasikan ekonomi negara anggota pada tahap tertinggi. Aturan ini bukan sahaja menghapuskan sekatan perdagangan barangan antara negara anggota, malah menyamakan kadar sekatan terhadap barangan yang diimport dari negara bukan anggota. Kesannya, barangan boleh diimport dari satu negara anggota ke negara anggota lain tanpa perlu membayar duti import dan sekatan perdagangan yang lain. Selain itu, aturan ini menghapuskan sekatan terhadap pergerakan perkhidmatan, manusia dan modal antara negara anggota. Contohnya, penyedia perkhidmatan di sebuah negara anggota boleh memberikan perkhidmatan di negara anggota lain tanpa halangan. Demikian juga dengan orang sebenar dari satu negara anggota yang boleh tinggal dan bekerja di negara anggota lain tanpa halangan. Wang juga boleh dipindahkan dari satu negara anggota ke bank negara anggota lain tanpa sekatan. Contoh pasaran bersama ialah Komuniti Eropah (EC). |
agreement on textiles and clothing | perjanjian tekstil dan pakaian | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang menghapuskan secara berperingkat-peringkat kuota import terutamanya oleh negara maju terhadap import tekstil dan pakaian dari negara membangun. Perjanjian ini mengintegrasikan sistem kuota import tekstil dan pakaian dalam Perjanjian Multigentian (MFA) ke dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Perjanjian tekstil dan pakaian berakhir secara automatik pada tahun 2005 apabila kuota import diganti dengan tarif dan sekatan bukan tarif berpandukan peraturan GATT. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). |
program development team | kumpulan pembangunan atur cara | Teknologi Maklumat | Perisian | Kumpulan pakar yang biasanya terdiri daripada juruanalisis sistem dan pengatur cara dalam pembangunan sistem. Setiap ahli kumpulan ditugaskan untuk membangunkan beberapa modul atur cara. Seterusnya, kumpulan ini akan mengintegrasikan kesemua modul atur cara ke dalam suatu sistem yang diingini oleh pelanggan atau pengguna sistem tersebut. |