Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kul.tur] | مڠکولتور

Definisi : membiakkan mikroorganisma, spt bakteria dan sel tisu dlm bahan nutrien: ahli biologi menggunakan agar-agar sbg medium utk ~ bakteria dan kulat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kul.tur] | مڠکولتور

Definisi : membiakkan sel tisu, bakteria dsb dlm bahan nutrien: Agar-agar digunakan sbg medium utk ~ bakteria dan kulat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkultur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artificial mediummedium buatanPertanianAgroteknologiBahan cecair atau gel yang mengandungi nutrien untuk mengkultur mikroorganisma atau tisu untuk tujuan kajian sains. Contohnya, medium agar-agar yang dicampur dengan formulasi nutrien yang digunakan untuk pengkulturan di dalam makmal. Medium ini biasanya dinyahkuman dengan menggunakan autoklaf supaya tidak dicemari dengan mikroorganisma yang tidak diperlukan. Medium buatan juga digunakan dalam pasu yang dibuat daripada gambut, butiran perlit atau vermikulit yang biasanya digunakan di tapak semaian. Medium buatan berbeza dengan medium asli seperti tanah yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan.
brothbrotPerubatanTiada2. Buburan nutrien yang menjadi asas bagi medium yang digunakan untuk mengkultur bakteria.
culture mediummedium kulturPertanianAgroteknologiBahan berbentuk agar-agar atau cecair yang mengandungi nutrien untuk membiakkan sel, mikroorganisma dan tisu tumbuhan. Kegunaan medium kultur termasuklah untuk mengkultur tisu tumbuhan sebagai satu cara membiak tanaman melalui bahagian tumbuhan seperti pucuk, batang atau daun. Selain itu, medium kultur digunakan untuk membiak bakteria bermanfaat seperti Rhizobium supaya dapat disuntik pada biji benih kekacang untuk membolehkan pengikatan nitrogen daripada udara. Medium kultur dibuat menggunakan serbuk agar-agar yang dibancuh dan ditambah dengan formulasi nutrien seperti formulasi Murasighe & Skoog untuk kegunaan kultur tisu tumbuhan.

Kembali ke atas