reenactment | gambaran kembali | Sejarah | Tiada | Perihal menguatkuasakan kembali misalnya undang-undang lama yang telah dibubar dan diwartakan semula setelah diluluskan oleh Parlimen. |
reinstatement | pengembalian semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menguatkuasakan polisi yang telah lupus. |
enforce a penalty | kuat kuasa penalti | Sukan | Tiada | Perbuatan menguatkuasakan denda atas kesalahan yang dilakukan oleh pemain. |
laches | kelengahan | Undang-undang | Tiada | Kelengahan yang tidak munasabah dalam menguatkuasakan hak di sisi ekuiti. |
health certificate | sijil kesihatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pernyataan yang dikemukakan dengan permohonan untuk menguatkuasakan semula polisi yang telah lupus. Sijil ini mengesahkan bahawa kesihatan insured tidak terjejas semasa pernyataan tersebut dibuat. |
authorise | memberi kuasa | Undang-undang | Tiada | Memberikan hak kepada seseorang untuk bertindak bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang. |
enforcement powers | kuasa penguatkuasaan | Undang-undang | Tiada | Kuasa yang diberikan kepada sesuatu pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang atau peraturan. |
trusted computing base (TCB) | asas pengkomputan terpercaya (TCB) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Aras sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan. |
executive body | badan eksekutif | Sejarah | Tiada | Badan yang dilantik oleh kerajaan yang terdiri daripada orang-orang yang melaksanakan dan menguatkuasakan arahan kerajaan. |
authorised persons | 1. orang diberi kuasa 2. orang dibenarkan | Undang-undang | Tiada | 1. Orang yang diberi hak untuk bertindak bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang. 2. Orang yang dibolehkan membuat sesuatu untuk dirinya. |