Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.bah] | مڠوبه

Definisi : 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.bah] | مڠوبه

Definisi : 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar: Sejak hari itu, ia telah ~ cara hidupnya. 2 menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal; mengolah kembali: Ia ~ jalan cerita itu sehingga menjadi cerita jenaka. 3 tidak menepati janji, sumpah dll; menyalahi yg biasa: Mereka tidak mahu ~ adat resam yg telah dipusakai dr nenek moyang mereka. 4 memindahkan atau mengalih sesuatu dr tempat asalnya ke tempat lain (spt benih dr tapak semaian ke sawah). 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan): ~ pandangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Secubit tiada dapat menjadi segenggam.

Bermaksud :

Tak dapat mengubah nasib yang sudah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forcedayaKejuruteraanKejuruteraan BangunanSesuatu yang mengubah atau berkecenderungan untuk mengubah kedudukan rehat bagi sesuatu jasad atau mengubah kelurusan pergerakannya.
pulse shapingpembentukdenyutanKejuruteraanTiadaProses mengubah bentuk denyut keluaran dengan mengubah bekalan kuasa laser tersebut.
electrostatic transducertransduser elektrostatikFizikAkustikTransducer yang mempunyai dua elektrod, satu tetap dan satu bergerak, yang tercas secara elektrostatik dan mempunyai kutub yang bertentangan. Elektrod yang bergerak akan mengubah kapasitans dan seterusnya mengubah voltan yang dikenakan berkadaran pada amplitud gerakan elektrod yang bergerak.
phase controlkawalan fasaKejuruteraanTiada1. Pengawal yang mengubah sudut fasa apabila voltan talian arus ulang-alik menyalakan tiratron, ignitron atau tiub gas boleh kawal yang lain. Sinonim: kawalan anjakan fasa,2. Kawalan yang mengubah fasa isyarat-isyarat kekromaan terhadap isyarat letusan pada penerima televisyen warna, demi mengubah rona pada imej. Sinonim: kawalan rona.
repurposetujuan semulaTeknologi MaklumatTiadaMengubah format media kepada bentuk format yang lain. Contohnya mengubah bahan cetak kepada bahan dalam talian atau dalam CD-ROM. Contoh lain, komik Kampung Boy dan Mat Som hasil karya Lat diadaptasi kepada wayang gambar, disadur menjadi siri televisyen, dan di simpan dalam VCD.
repurposetujuan semulaTeknologi MaklumatTiadaMengubah format media kepada bentuk format yang lain. Contohnya mengubah bahan cetak kepada bahan dalam talian atau dalam CD-ROM. Contoh lain, komik Kampung Boy dan Mat Som hasil karya Lat diadaptasi kepada wayang gambar, disadur menjadi siri televisyen, dan di simpan dalam VCD.
enzymeenzimHerbaFitokimiaSejenis protein yang mengubah, membina atau mengurai molekul lain tanpa mengubah enzim itu sendiri. Enzim ialah mangkin biologi dan kebanyakan tindak balas biokimia diperantara oleh enzim. Pada umumnya, enzim sangat sensitif pada suhu yang tinggi dan pH yang melampau. Enzim dikelaskan kepada enam kumpulan utama bergantung pada tindak balas yang dimangkinkannya, iaitu oksidoreduktase, transferase, hidrolase, liase, isomerase, dan ligase.
phase convertorpenukar fasaKejuruteraanTiadaPenukar yang mengubah bilangan fasa pada punca kuasa arus ulang-alik tanpa mengubah frekuensi.
phase inverterpenyongsang fasaFizikAkustikLitar atau peranti yang mengubah fasa suatu isyarat sebesar 180� atau mengubah kekutuban sesuatu. denyut.
mechanism framekerangka mekanismeMekanikGunaanPautan yang tetap dalam sesuatu mekanisme. Pautan yang tetap itu boleh diubah-ubah, iaitu mana-mana satu pautan rangkaian kinematik boleh diambil kira sebagai pautan kerangka. mengubah pautan kerangka akan mengubah gerakan mutlak pautan dalam mekanisme berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas