Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.la.ngi] | مڠولڠي

Definisi : 1. = mengulang-ulang, meng­­­ulang-ulangi selalu benar melakukan (sesua­tu), kerap kali mengulang: dia ~ pertanya­an­nya yg masih belum berjawab; 2. = meng­ulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, men­ziarah, dll), kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai per­ta­nian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kem­bali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.la.ngi] | مڠولڠي

Definisi : 1 melakukan sesuatu berulang kali; selalu sangat melakukan sesuatu: Ia ~ pertanyaan itu sehingga mendapat jawapannya. 2 kerap kali pergi menziarahi (menemui, menengok dll): Tuan Pengurus itu selalu ~ ladangnya. 3 menghafaz atau membaca semula apa-apa yg telah dipelajari banyak kali: Ahmad ~ pelajaran sekolahnya sebelum peperiksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengulangi

Peribahasa

Seperti anjing mengulangi bangkai.

Bermaksud :

Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak mengulangi bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ancora (It)sorak pintaKesenianTiadaPermintaan mengulangi atau meneruskan persembahan.
encore (F)sorak pintaKesenianTiadaPermintaan mengulangi atau meneruskan persembahan.
iterationlelaran; pelelaranTeknologi MaklumatTiadaTindakan mengulangi langkah pemprosesan yang sama secara automatik dalam satu gelung sehingga suatu keadaan wujud untuk memberhentikan pemprosesan atau mencabangkan pemprosesan ke tempat lain.
arithmomaniaaritmomaniaPerubatanTiadaKegilaan untuk menghitung atau mengulangi nombor.
iteration processproses leleranPentadbiranTiadaProses yang mengulangi tatacara yang sama.
mirror repeatulangan bebayangKesenianTiadaJenis corak yang mengulangi sesuatu motif dalam bentuk terbalik atau negatif.
repetition of exercisesulang rutinSukanTiadaKetidakbenaran peserta mengulangi persembahan rutin, kecuali berlaku kesilapan teknik penganjur dan dengan izin juri rayuan.
repetition of exercisesulang rutinSukanTiadaKetidakbenaran peserta mengulangi persembahan rutin, kecuali berlaku kesilapan teknik penganjur dan dengan izin juri rayuan.
da capoda capoMuzikTiada

 Arahan kepada pemuzik untuk mengulangi karya muzik dari bahagian permulaan. Da capo biasanya digabungkan dengan istilah lain. Contohnya. da capo al fine yang bermaksud mengulangi persembahan karya dari bahagian permulaan sehingga ke tempat yang bertanda fine. Sinonim D.C.

backward branchingulang bahagianPendidikanTiadaTeknik dalam pengajaran terancang yang memerlukan pelajar mengulangi bahagian pelajaran yang belum dikuasainya.
123

Kembali ke atas