Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana berlaku tidak patut kpd kita, menghamun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpat
Kata Terbitan : umpatan, mengumpat,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuali mengatakan belanga hitam.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oral stageperingkat oralPsikologiPsikologi UmumPeringkat awal kehidupan bayi yang banyak menumpukan perhatian kepada peranan mulut sebagai alat melahirkan keseronokan. Menurut Freud, sekiranya seseorang bayi kecewa atau makan dengan banyak, maka bayi itu dikatakan akan mempunyai trait mulut. Individu yang mempunyai trait mulut apabila dewasa akan memperlihatkan personaliti yang berkait dengan mulut seperti menggigit kuku semasa dalam keadaan tegang, pelahap semasa makan, suka bertengkar, sinis atau kuat mengumpat.

Kembali ke atas