Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1 men­datang­kan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Kalah jadi abu,
     menang jadi arang.

Bermaksud :

Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symbiosissimbiosisPerubatanTiadaPerdampingan hidup antara dua organisma yang berlainan. Perdampingan ini mungkin boleh: (a) menguntungkan kedua-dua pihak (mutualisme), (b) menguntungkan satu pihak sebarang kesan kepada pihak yang satu lagi (komensalisme), (c) menguntungkan tanpa satu pihak, tetapi merugikan pihak yang satu lagi (parasitisme), (d) merugikan satu pihak tanpa sebarang kesan kepada pihak yang satu lagi (amensalisme), (e) merugikan kedua-dua pihak (sinnekrosis).
commercial productionpengeluaran komersialKejuruteraanPetroleumPengeluaran minyak dan gas dari telaga yang masih mempunyai nilai ekonomi, menguntungkan dan memuaskan pihak yang mengendalikan operasi pengeluaran telaga berkenaan sehingga telaga tersebut masih menguntungkan untuk berpengeluaran.
unfavourable cost trendarah aliran kos tak menguntungkanGeografiTiadaTiada
abandontinggalPetroleumTiada

Meninggalkan telaga yang tidak menguntungkan.

commensalismkomensalismeBiologiEkologiPerhubungan antara dua organisma yang menguntungkan satu organisma dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada organisma yang satu lagi. Misalnya, bakteria saprofit mungkin hidup di dalam salur alimentari haiwan tanpa memberikan apa-apa faedah atau kerugian kepada haiwan tersebut.
business successkejayaan niagaPentadbiranTiadaHasil sesuatu perniagaan yang menguntungkan.
economic lifehayat ekonomiPentadbiranTiadaTempoh projek boleh diguna secara menguntungkan.
mutualismkesalinganBiologiEkologiHubungan di antara dua spesies atau lebih yang menguntungkan kedua-dua pihak. Hubungan ini perlu untuk kemandirian kedua-dua pihak yang berkenaan. Misalnya, hubungan antara kulat, dan rumpair untuk membentuk liken.
useful lifehayat bergunaSosiologiTiadaTempoh masa sesuatu alat itu berfungsi dengan menguntungkan.
leasehold interest insuranceinsurans kepentingan pegangan pajakinsuransTiadaInsurans harta yang melindungi kehilangan pajakan yang menguntungkan jika pajakan tersebut ditamatkan akibat kerosakan oleh peril yang dilindungi. Nilai pajakan ialah perbezaan di antara nilai sewa pada kadar semasa di tempat lain dengan sewa berbayar di bawah syarat pajakan.
12345

Kembali ke atas