Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.lai] | منيلاي

Definisi : 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.lai] | منيلاي

Definisi : me­nentukan nilai (harga sesuatu barang dsb); menaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nilai (kata nama)
1. Bersinonim dengan harga: kimah, aji,

2. Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,

3. Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,

Kata Terbitan : bernilai, menilai, nilaian, penilaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clinical trialujian klinikalFarmasiFarmakologiEksperimen yang dijalankan dengan teliti terhadap selrumpulan individu terpilih yang bertujuan Wltuk menilai keberkesanan, keselamatan dan kesan sampingan sesuatu rawatan, alatan diagnostik atau intervensi profilaktik. Ujian klinikal juga digunakan untuk menilai perbezaan keberkesanan dua atau lebih terapi terhadap manusia. lndividu yang dipilih menjalani sesuatu ujian klinikal perlu memberi persetujuan secara bertulis sebelum ujian dijalankan. Kesemua jenis drug terbaharu yang dihasilkan juga perlu menjalani ujian klinikal sebelum diluluskan untuk dipasarkan. Terdapat empat fasa dalam ujian klinikal. Fasa I, menilai keselamatan dan fannakokinetik drug. Fasa II, menilai dos yang sesuai. Fasa III, menilai efikasi dan fasa rv, menilai kesan sampingan yang tidak terduga.
clinical trialujian klinikalPerubatanFarmakologi

Kajian berbentuk eksperimen secara terkawal yang dijalankan ke atas manusia untuk menilai keberkesanan dan keselamatan sesuatu ubat atau bentuk rawatan. Subjek terdiri daripada sukarelawan yang sihat atau pesakit dan kajian ini memerlukan kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan. Terdapat empat fasa dalam kajian klinikal; fasa satu adalah untuk menilai keselamatan dan farmakokinetik ubat, fasa dua menilai dos yang sesuai, fasa tiga menilai efikasi dan fasa empat dilakukan pascapasaran untuk menilai kesan sampingan yang tak terduga.

theory of performing artteori seni persembahanKesenianDrama dan TeaterDasar yang menentukan kaedah mentakrif dan menilai hasil karya sesuatu bentuk persembahan supaya dapat diukur kewibawaannya. Teori seni persembahan merupakan satu cara untuk menilai estetika seni persembahan. Tokoh seperti Aristotle, Stanislavski, Andre Helbo, Richard Schechner, Rudolf Laban adalah antara mereka yang mengemukakan dasar untuk menilai dan mempraktikkan seni persembahan dalam sesuatu konteks dan tuntutan persekitaran.
screening testujian penyaringanSains ForensikTiadaUjian yang digunakan untuk menilai kemungkinan sesuatu sampel mengandungi bahan tertentu dengan cepat dan mudah. Contohnya, semburan luminol digunakan untuk menilai kemungkinan kehadiran darah pada permukaan sekeping permaidani. Ujian penyaringan adalah tidak spesifik dan biasanya kesahihan ujian boleh diteruskan dengan suatu ujian pengesahan.
food sensory evaluationpenilaian sensori makananMakanan dan PemakananMakananDisiplin saintifik yang menggunakan deria manusia (penglihatan, bau, rasa, sentuhan dan pendengaran) untuk menilai kualiti sesuatu produk makanan. Panel tidak terlatih digunakan dalam ujian sensori makanan jenis hedonik, iaitu mereka menilai produk makanan yang diuji mengikut cita rasa mereka. Panel terlatih digunakan untuk menilai produk makanan tertentu dari segi persepsi terhadap makanan, keamatan rasa dan perisa makanan.
risk assessmentpenilaian risikoTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKajian teoretikal terhadap keberkesanan suatu mekanisme keselamatan yang menilai tahap kegoyahan dan ancaman yang mungkin dihadapi oleh mekanisme tersebut. Kajian ini juga menilai impak kerosakan ke atas sistem yang dilindungi sekiranya mekanisme keselamatan berkenaan gagal atau digagalkan.
evaluatemenilaiFizikTiadaTiada
evaluatemenilaiMatematikTiadaTiada
valuingmenilaiPendidikanTiadaTiada
evaluatemenilaiPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas