1-2 heat exchanger | penukar haba 1?2 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang. |
lactating phase | fasa penyusuan | Veterinar | Tiada | Fasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu. |
false start | mula palsu | Aeroangkasa | Tiada | 1. Keadaan kitaran enjin yang tidak meningkat untuk meneruskan penjanaan kuasa apabila dihidupkan enjin.,1. Olak: Vorteks dari hujung sayap pesawat udara yang tertinggal dalam atmosfera.,Enjin turbin gas yang terdiri daripada pemampat, kebuk pembakaran, turbin dan muncung. Sebahagian daripada tenaga yang dihasilkan dalam kebuk pembakaran digunakan untuk memacu pemampat dan selebihnya yang berada dalam bentuk gas dikembangkan di muncung untuk menghasilkan tujahan.,1. Keadaan kitaran enjin yang tidak meningkat untuk meneruskan penjanaan kuasa apabila dihidupkan enjin. |
hypertension | hipertensi | Biologi | Fisiologi | 1. Ketengangan atau tonus yang meningkat daripada yang biasa (normal). 2. Keadaan pesakit yang mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi daripada tekanan normal. |
average daily gain | purata penambahan harian | Pertanian | Agroteknologi | Kadar peningkatan berat badan sehari ternakan dalam tempoh tertentu. Contohnya, seekor lembu yang meningkat 200 kg dalam tempoh 200 hari, purata penambahan hariannya ialah 1 kg. Faktor utama yang menentukan purata penambahan harian ialah kuantiti dan kualiti makanan yang diberikan selain daripada faktor baka haiwan itu sendiri. Lembu yang diberi makanan dedak dalam fidlot biasanya bertambah berat badan 1 kg/hari, manakala lembu yang meragut rumput mampu meningkat berat badannya sebanyak 0.4 kg/hari. |
head | kepala; parlimen; ketua; tajuk; turus | Geografi | Tiada | 1. Ketinggian paras air pada akuifer tertentu yang akan meningkat di dalam piezometer.,2. Hasil tambah ketinggian dan hulu tekanan dalam cecair, dinyatakan dalam unit ketinggian. |
convergence zone | zon pertemuan | Geografi | Tiada | 1. Pertembungan gerakan udara mendatar.,2. Pertembungan jisim-jisim air laut.,3. Darjah kesamaan yang meningkat bagi spesies yang berbeza. |
leading edge | pinggir depan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahagian hadapan aerofoil atau sayap.,2. Peralihan bagi denyut, yang berlaku dahulu.,3. Pinggir kad tertebuk yang pertama sekali masuk ke dalam pembaca kad.,4. Bahagian amplitud yang meningkat bagi isyarat denyut. |
acidity | keasidan | Pertanian | Agroteknologi | Darjah kemasaman larutan dan medium. Tahap keasidan diukur dengan menggunakan skala pH, iaitu daripada pH 1 hingga pH 14. Nilai pH 1 hingga 6 dianggap berasid, nilai pH 7 adalah neutral manakala nilai yang melebihi 7 adalah beralkali. pH merujuk kepada aktiviti ion hidrogen (H+) dalam larutan; semakin tinggi aktiviti ion hidrogen, semakin rendah nilai pHnya dan menyebabkan keasidannya meningkat. Contoh bahan yang tinggi keasidannya ialah jus limau, manakala kapur dan sabun pula ialah contoh bahan yang tinggi kealkaliannya. |
addiction | ketagihan | Farmasi | Farmakologi | 1. Suatu keperluan fizikal atau psikologi yang kompulsif dan tidak dapat dikawal terhadap sesuatu bahan yang mempengaruhi tabiat seseorang. Contoh bahan yang mempengaruhi tabiat seseorang ialah dadah dan alkohol. Dalam ketagihan fizikal, badan menyesuaikan diri kepada bahan yang digunakan dan secara beransuransur memerlukan jumlah dadah yang meningkat untuk menghasilkan kesan yang asalnya hanya dihasilkan oleh pengambilan dos yang kecil. 2. Suatu keadaan yang menyebabkan seseorang individu bergantung pada sesuatu secara abnormal, yang secara psikologi dan fizikalnya mempengaruhi tabiat, terutamanya kebergantungan secara kompulsif dan tidak terkawal terhadap alkohol dan dadah narkotik. |