Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.tis] | منيتيس

Definisi : berpindah ke tubuh manusia (binatang dll), menjelma (bkn jiwa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.tis] | منيتيس

Definisi : jatuh setitik demi setitik (air dll), menitik, bertitik(-titik): air hujan masih lagi ~ drpd daun-daun kayu di keliling rumah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.tis] | منيتيس

Definisi : jatuh setitik demi setitik; menitikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menitis

Puisi
 

Kelip-kelip api di pantai,
     Anak Belanda memasang pelita;
Air mata menitis ke bantal,
     Baru kusedar hatiku cinta.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
to dripmenitisKejuruteraanTiadaTiada
dripping waterair menitisPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
trickle bed reactorreaktor turus menitisKejuruteraanKejuruteraan KimiaReaktor yang berdasarkan prinsip yang serupa dengan reaktor turus terpadat adiabatik kecuali ia dikendalikan untuk tindak balas fasa gas-cecair dengan bahan tindak balas cecair dan gas dialirkan dari bahagian atas reaktor dan mengalir serentak ke bawah turus.
drip panpanci titisSosiologiTiada1. Bekas untuk menakung sesuatu yang menitis.,2. Kuali rendah berbentuk segi empat bujur untuk membakar atau memanggang.
through falljatuh telusPertanianTiadaBahagian air hujan yang melepasi atau menitis dari kanopi tumbuhan dan jatuh ke tanah.
icicleisikelGeografiTiadaJejarum ais yang tergantung, terbentuk akibat pembekuan air yang menitis.
icicleisikelGeologiTiadaJejarum ais yang tergantung, terbentuk akibat pembekuan air yang menitis.
seep inresap masukPerubatanTiadaBerkenaan air, cecair atau gas yang menyerap atau menitis masuk secara perlahan.
seep outresap keluarPerubatanTiadaBerkenaan air, cecair atau gas yang menyerap atau menitis keluar secara perlahan.
overflow incontinenceinkontinens limpahanGerontologiTiadaGejala yang ditandai dengan air kencing yang sentiasa menitis akibat pundi kencing yang tidak dikosongkan secara normal. Gejala ini biasanya berlaku kerana setengah daripada air kencing masih tertinggal di dalam pundi kencing.
12

Kembali ke atas