instinct | naluri | Perubatan | Tiada | 1. Pola gerak balas kompleks semula jadi yang menjadi ciri sesuatu spesies.,2. Gerak balas semula jadi yang mendorong individu melakukan sesuatu. |
natural stratigraphy | stratigrafi semula jadi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Urutan lapisan tanah yang tidak mengalami sebatang perubahan atau gangguan oleh alam semula jadi, manusia atau haiwan. Lapisan ini dapat menjadi penentu kepada turutan budaya berdasarkan jumpaan data arkeologi pada setiap lapisan. Stratigrafi ini juga digunakan untuk menentukan kronologi budaya secara relatif dan membandingkan dua lokasi yang berbeza melalui silang budaya. |
structural planting | tanam struktur | Landskap | Tiada | Penanaman asas yang mengi kut susunan dan jarak tertentu dan tidak secara keadaan semula jadi. Penanaman ini menjadi kerangka pada penanaman seterusnya.,Penanaman tumbuhan asas pada muka lahan yang baharu dibentuk. Tujuannya adalah untuk mengurangkan air larian permukaan. |
accretion | penambahan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Proses yang menjadikan wilayah sesebuah negara lebih besar atau luas kerana faktor semula jadi atau faktor manusia. Kawasan sesebuah negara boleh menjadi lebih luas kerana faktor alam semula jadi seperti kemunculan pulau baru akibat perubahan cuaca. Aktiviti manusia seperti kegiatan peperangan, persetujuan politik dan penambakan laut juga boleh menambahkan keluasan wilayah. Contohnya, penambakan laut oleh Singapura telah memperluas sempadan daratan negara tersebut. |
colloidal instability | ketakstabilan koloid | Sains | Hidrometeorologi | Sifat yang dimiliki awan (dianggap beranalogi dengan sistem koloid atau aerosol) disebabkan zarah-zarah awan berkumpul menjadi jisim yang cukup besar untuk menjadi kerpasan. Oleh itu, awan secara semula jadi merupakan aerosol tak stabil. Masalah pokok dalam ilmu fizik awan ialah menentukan setiap kes yang dalamnya satu faktor kenyahstabilan yang menyebabkan pengerpasan koloid (mengakibatkan hujan atau salji). Faktor kenyahstabilan ialah cas elektrik tak seragam pada titisan berdekatan, saiz titisan, perbezaan suhu antara titisan berhampiran, gerakan golakan mikro yang membawa kepada perlanggaran dan kewujudan bersama ketiga-tiga fasa air. |
abstract | abstrak | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan reka bentuk atau gambaran fizikal sesuatu karya seni atau seni bina yang diolah secara tidak nyata daripada sumber asal. Pemerhatian terhadap alam semula jadi misalnya, boleh menjadi sumber ilham dalam menghasilkan rekaan bangunan yang mempunyai ciri-ciri abstrak. Contohnya, Menara Telekom Malaysia ialah reka bentuk seni bina yang dicetuskan daripada ilham pucuk rebung. |
gypsum | gipsum | Perubatan | Tiada | semula jadi, yang kehilangan tiga perempat air penghablurannya apabila dipanaskan pada 120oC, untuk menjadi plaster Paris. |
gypsum | gipsum | Kimia | Tiada | semula jadi, yang kehilangan tiga perempat air penghablurannya apabila dipanaskan pada 120oC, untuk menjadi plaster Paris. |
natural immunity | keimunan alamiah | Biologi | Patologi | Keadaan perumah yang menjadi imum disebabkan adanya bahan semula jadi tertentu yang sudah ada di dalam perumah tersebut, hingga ia bebas atau tidak diserang oleh patogen atau gangguan lain. Sifat ini dikawal oleh gen. bd. keimunan perolehan. |
coalification | pembatuarangan | Kejuruteraan | Petroleum | Proses semula jadi dalam alam yang mengubah bahan-bahan kayu yang telah tertimbus bersama-sama dengan sedimen menjadi batu arang. Proses-proses ini antara lain ialah tindakan kimia, pemadatan dan tindakan bakteria yang disertai oleh pengaruh suhu dan tekanan yang berlangsung dalam tempoh masa yang lama. Proses pembatuarangan yang rendah keamatannya menghasilkan batu arang darjat rendah sementara pembatuarangan yang berkeamatan tinggi menghasilkan batu arang darjat tinggi. |