Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.min] | منجامين

Definisi : 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi ke­wajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah di­jamin oleh abangnya; 2. menanggung ke­selamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.min] | منجامين

Definisi : 1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kafil/kfilpenjaminPerniagaan IslamTiadaPihak yang menjamin tanggungan pihak lain berkaitan dengan sesuatu perkara. Contohnya, dalam kes hutang, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin" atau "Saya penjamin hutang ini".
Certification schemeSekim pengakuanPertanianAgronomi

Sekim untuk menjamin kualiti sesuatu bahan melalui pemeriksaan dan pengiktirafan oleh sesuatu badan penguasa. Contohnya dalam sekim pengakuan biji benih, badan berkuasa akan memberi pengakuan bahawa sesuatu benih yang dihasilkan itu benar-benar dari satu varieti terpilih dan biji benih itu dijamin bernas. Dalam sekim pengakuan pertanian organik, Jabatan Pertanian Malaysia mengeluarkan Sijil Organik Malaysia (SOM) untuk menjamin bahawa sesuatu produk itu dihasilkan mengikut piawaan dan garispanduan sistem organik.

order for security of costsperintah menjamin kosUndang-undangTiadaTiada
advertising researchpenyelidikan pengiklananKomunikasiKorporatuntuk menjamin keberkesanan sesuatu mesej pengiklanan dan membantu pihak perancang strategi pengiklanan menyediakan pendekatan mesej yang digunakan. Ruang lingkup penyelidikan ini meliputi aspek yang berkaitan dengan bidang pengiklanan, seperti sistem, proses dan kempen pengiklanan, serta keberkesanan publisiti atau promosi barangan dan perkhidmatan. Penyelidikan pengiklanan boleh bersifat makro atau mikro. Penyelidikan bersifat makro meliputi aktiviti mengesan kesesuaian dan penerimaan sesuatu iklan dalam konteks sistem dan masyarakat keseluruhannya. Penyelidikan bersifat mikro pula mengesan kesesuaian dan penerimaan sesuatu iklan dalam konteks kandungannya, seperti warna, bentuk dan unsur audiovisual yang lain. Antara kaedah yang biasa digunakan termasuklah kajian lapangan, temu bual, kumpulan fokus, analisis kandungan, dan pemerhatian.
servosystemservosistemKejuruteraanTiadaSistem kawalan automatik bagi menjamin keadaan sesuatu proses berada pada atau hampir kepada nilai yang telah ditentukan.
licence bondbon lesenPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang menjamin bahawa seseorang yang telah diberikan lesen akan mematuhi undang-undang dan ordinan berkaitan dengan pemberian lesen.
bid bondbon bidaPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang menjamin bahawa kontraktor akan melaksanakan kontrak jika kontrak tersebut diberikan kepadanya dan akan menyediakan bon prestasi atau bon kontrak yang diperlukan.
contract bondbon kontrakPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang menjamin prestasi pelaksanaan dan pembayaran kos buruh serta bahan yang berkaitan dengan sesuatu kontrak binaan. Bon pertama dikenali sebagai bon prestasi dan yang kedua ialah bon pembayaran.
Rowan planpelan RowanPentadbiranTiadaPelan insentif yang menjamin gaji ikut jam bekerja serta premium berdasarkan masa yang dijimatkan.
digital certificatesijil digitalTeknologi MaklumatTiadaSijil yang menjamin kesahan seseorang pengguna atau sesebuah tapak web.
12345678910...

Kembali ke atas