natural resources accounting (NRA) | perakaunan sumber asli | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah menjejaki pencapaian ekonomi negara atau tempatan dengan mengambil kira perubahan akaun dalam kuantiti dan kualiti sumber asli. |
crane shot | tangkap kren | Komunikasi | Tiada | Tangkapan yang dibuat dengan bebas dan berterusan secara mendatar, menegak atau menjejaki sesuatu subjek yang dilakukan dengan meletakkan kamera di atas pelantar kren yang digerakkan secara hidraulik. |
risk resolution | resolusi risiko | Teknologi Maklumat | Perisian | Penghasilan keadaan yang menghapuskan risiko pada item pembangunan sistem seperti peruntukan, penskedulan projek dan spesifikasi perisian. Contohnya, menjejaki kemajuan projek dengan menangani risiko item itu sendiri dan tindakan pembetulan akan diambil jika perlu. |
subroutine | subrutin | Teknologi Maklumat | Perisian | Sebahagian kod daripada satu atur cara yang besar untuk melakukan tugas tertentu yang secara relatifnya tidak bersandaran dengan kod yang di luar subrutinnya. Dalam membina suatu atur cara, penggunaan subrutin dapat mengurangkan kerumitan dalam menjejaki perjalanan atur cara. Hal ini penting kerana dapat membantu pengatur cara mengesan kesalahan pengaturcaraan dengan lebih sistematik. Sinonim subatur cara, fungsi, prosedur, rutin. |
groupware | perisian kumpulan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis perisian multi pengguna yang direka bentuk untuk menyokong sekumpulan pengguna yang bekerja sama dalam menyiapkan suatu tugasan atau projek. Perisian ini membolehkan penyepaduan kerja, koordinasi dan kolaborasi di antara ahli kumpulan dilaksanakan dengan mencapai dan berkongsi sumber maklumat yang sama. Perisian ini juga mampu menjejaki perjalanan dan pencapaian tugasan/projek. Antara fungsi perisian kumpulan adalah e-mel, pengurusan dan perkongsian dokumen, pangkalan data, penjadualan kumpulan, perbincangan, forum, sidang video dan audio, dan sebagainya. Contoh perisian kumpulan adalah seperti Lotus Notes. |