centennial decade | dekad menjelang sekurun | Sejarah | Tiada | Dekad menjelang cukupnya 100 tahun. |
bridal shower | rai pengantin | Umum | Tiada | Majlis untuk meraikan bakal pengantin perempuan menjelang hari perkahwinan yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah. |
moonlight effect | kesan remang | Komunikasi | Tiada | Kesan daripada proses manipulasi cahaya semasa penggambaran yang menghasilkan suasana menjelang waktu malam. |
visible light | cahaya nampak | Komunikasi | Tiada | Cahaya samar-samar yang digunakan untuk sesuatu tangkapan. Contohnya, cahaya menjelang waktu senja. |
afternoon newspaper | surat khabar petang | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang diterbitkan untuk edaran pada waktu petang. Contohnya, surat khabar Malay Mail mula diedarkan menjelang waktu tengah hari. bd. surat khabar pagi. |
imagism | imagisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan memberontak menentang konvensionaliti dan bukan semata-mata untuk membina satu objektif yang lebih kekal dalam puisi dan kritik sastera di Englang dan Amerika Syarikat menjelang Perang Dunia I. Ia dipengaruhi T.E. Hulme, dikembangkan oleh Ezra Pound. |
chained book | buku dirantai | Perpustakaan | Tiada | Buku-buku yang dirantai pada rak atau meja bacaan di perpustakaan pada abad ke-15 hingga awal abad ke-18 untuk mengelakkan kecurian tetapi amalan ini mula pupus menjelang pertengahan abad ke-17 apabila buku-buku mula disusun menegak di rak. |
pseudo-environment | sekitaran buatan | Komunikasi | Korporat | Ruang dan suasana yang dicipta bagi mengesahkan sesuatu aktiviti komunikasi dan pemasaran yang akan dilakukan. Contohnya, suasana yang diwujudkan oleh syarikat pengeluar bagi membolehkan aktiviti promosi dan pengiklanan dilakukan dalam sesuatu tempoh. Aktiviti ini biasanya berlaku menjelang musim perayaan. Persekitaran ruang pemasaran dibina dan dimeriahkan mengikut reka bentuk, warna, dan hiasan yang melambangkan sesuatu acara yang berkaitan. Ruang ini mewujudkan perasaan gembira dan meriah dalam kalangan khalayak. Walaupun masa perasaan sebenar masih belum bermula, syarikat pengeluar berkenaan telah memulakan kempen barangan mereka dengan lebih awal, sama ada melalui persekitaran yang dibina di premis perniagaan atau persekitaran audiovisual yang disalurkan di media massa. |
just war | perang adil | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Teori yang menganggap wujudnya keadaan tertentu yang menjadikan tindakan sesuatu peperangan adil. Teori ini juga menentukan cara untuk berperang secara adil. Teori ini berasal daripada pemikiran Kristian Zaman Pertengahan dan perkembangan undang-undang antarabangsa selepasnya, terutama dalam karya Grotius dan Samual Pufendorf (1632� 1694). Perbahasan dalam perang adil berkisar tentang dua persoalan, iaitu keadilan dalam perang (jus in bello) dan hukum perang (jus ad bellum). Menjelang kurun ke-20, minat umum dalam teori perang adil merosot disebabkan kesedaran tentang keganasan dan kesengsaraan akibat semua jenis peperangan. Namun demikian, perbahasan tentang perang adil muncul semula berikutan isu pelibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, Perang Teluk dan pencerobohan terhadap Iraq. |
promotional pulse | dadakan promosi | Komunikasi | Korporat | Strategi kempen pengiklanan berdasarkan perancangan yang sistematik bagi memenuhi keperluan persaingan yang berterusan. Pola strategi ini mengandungi pelbagai bentuk mengikut corak persaingan. Contohnya, semasa promosi sesuatu barangan sedang dilakukan, terdapat sebuah syarikat lain yang akan turut sama mempromosikan barangannya. Hal ini kerana sekiranya promosi tidak dilakukan, barangan tersebut mungkin tidak diberikan perhatian oleh khalayak kerana kewujudan barangan pesaing lain yang sedang dipromosikan. Contoh lain adalah semasa menjelang musim perayaan, dadakan promosi semakin sengit dan pelbagai. |