Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jel.ma] | منجلما

Definisi : 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jel.ma] | منجلما

Definisi : 1 berubah menjadi sesuatu yg lain; merupakan diri sbg sesuatu; mengambil bentuk atau rupa yg lain: Ulat itu ~ menjadi kupu-kupu. Orang itu dpt ~ sbg harimau. 2 ki muncul dlm ingatan atau dlm hati: Kadang-kadang wajah adiknya yg baru meninggal dunia itu datang ~ dlm ingatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelma
Kata Terbitan : menjelma, menjelmakan, terjelma,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recurrence riskrisiko jadi semulaBiologiGenetikRisiko sesuatu kerosakan genetik yang muncul sekali dalam sesebuah keluarga untuk menjelma kembali dalam anak seterusnya.
kelirkelirKesusasteraanTiadaTabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup.

Kembali ke atas