Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jun.jung] | منجونجوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, me­muliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jun.jung] | منجونجوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junjung
Kata Terbitan : menjunjung, junjungan,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Memikul di bahu,
     menjunjung di kepala.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menumbuk di lesung, bertanak di periuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caryatidkariatidKesenianHiasan DalamanBentuk ukiran perempuan yang digunakan sebagai tiang untuk menyokong entablatur atau sebarang struktur yang serupa dengannya. Kariatid sering juga dirujuk sebagai jenis tiang atau penyokong yang berukir dengan bentuk manusia atau binatang. Contohnya, atlantes (kariatid lelaki), canephorae (perempuan menjunjung bakul), herms (perempuan tiga per empat badan atau tubuh di atas pedestal), telamones (nama lain bagi atlantes) dan terms (pedestal yang menonjol ke atas sebagai bentuk manusia, binatang atau bentuk yang bermitos).
dirgeIagu ratapKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan rasa sedih atau duka terutama yang berhubung d ngan peristiwa kematian orang kenamaan. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" karya Usman Awang di bawah. Kematian! Kemafom dari suatu kehidupan yang mulia yang telah ditinggalkan, jadilah ia ukiran kenangan bahawa di tanah ini seorang daripada lelaki berani yang berdiri menjunjung keyakinan, dan berkata Islam tidak pernah takut kepada apa saja laksana dirinya dalam cahaya kebenaran yang dipeluknya.
talibuntalibunKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga s

Kembali ke atas