menora | menora | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Persembahan menora mengutamakan cerita melalui gerak tari yang menumpukan kepada pergerakan jari-jemari tangan dan kaki. Menora popular dalam kalangan kaum Siam yang bermastautin di negeri-negeri yang berjiran dengan negara Thailand. Dalam persembahan menora, perkara yang paling penting ialah pakaian mahkota atau kecopong yang berbentuk khusus kerana menora mengisahkan makhluk separuh manusia dan separuh burung yang dikenali sebagai Kinnari. |
menora | menora | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lai |
menora | menora | Muzik | Tiada | Teater rakyat yang berasal dari selatan Thailand. Menora mengutamakan tarian, lakonan, improvisasi, nyanyian serta muzik instrumental dan dimainkan dalam upacara ritual di kuil Thai di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Di Pulau Pinang dan Kedah, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik klong (geduk), tab (gedumbak), mong (gong kecil), ching (simbal kecil), pi (alat aerofon berpelidah), krek (sepasang kayu) dan saw u (alat dua tali). Sementara di Kelantan, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik makyung. Menora merujuk kepada watak utama, iaitu burung kinnari betina dalam cerita Jataka. Sinonim lakon jatri, manohra, manora, nora chatri. |
jataka | jataka | Kesusasteraan | Tiada | Koleksi cerita tentang kelahiran Buddha. Koleksi cerita ini terdapat dalam Kanun Pali seperti cerita binatang dan cerita rakyat. Cerita jataka menjadi sebahagian daripada cerita yang dipersembahkan dalam menora. Lihat juga menora. |
cerik (Mal) | cerik | Kesenian | Tiada | Alat perkusi dalam menora daripada bilah buluh. |
canang (Mal) | canang | Kesenian | Tiada | Alat idiofon daripada logam yang bertombol di tengah digunakan dalam wayang kulit Kelantan, menora dan tarian asyik. |
mong | mong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand. |
nora chatri | nora chatri | Muzik | Tiada | Lihat menora. |
jataka | jataka | Muzik | Tiada | Koleksi cerita tentang kehidupan Buddha, doktrin karma dan penjelmaan semula dalam Kanun Pali Buddha. Beberapa cerita jataka telah diadaptasikan dalam teater tradisional Asia Tenggara seperti teater menora di selatan Thailand dan Malaysia. |
kecerek | kecerek | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul serentak. Kecerek diperbuat daripada bilah buluh. Sepasang bilah buluh tersebut dipegang dan dipukul serentak oleh pemain. Kecerek memainkan bahagian rentak yang berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik ensembel menora di utara Malaysia dan di selatan Thailand. |