automatic dictionary | kamus automatik | Perpustakaan | Tiada | 1. Komponen bahasa mesin terjemahan yang menterjemahkan satu kata daripada bahasa lain. 2. Komponen yang menggantikan kod bagi kata atau frasa semasa mengekod dalam sistem carian automatik. |
nucleus | nukleus | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Organel berbentuk sfera atau bujur yang terdiri daripada membran nukleus, nukleolus, granul kromatin, granul linin dan nukleoplasma, yang menjadi unsur terpenting di dalam sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan kerana berfungsi sebagai pengawal atur semua kegiatan sel. Nukleus menyimpan maklumat pewarisan yang dikenali sebagai DNA yang boleh mengawal atur sintesis dan metabolisme makromolekul setelah menterjemahkan maklumat tersebut menjadi RNA. 2. Jisim jirim kelabu pada sistem saraf pusat. 3. Pusat asal hilum bijian berkanji. 4. Pusat yang dikelilingi gelang pertumbuhan pada sisik ikan sikloid dan ktenoid. 5. Pusat peritekium pada kulat tertentu. |