Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.nu] | مينو

Definisi : (ménu) 1. senarai masakan yg disajikan pd sesuatu hidangan atau yg boleh dipesan di restoran dsb; 2. (Komp) butiran dlm sesuatu atur cara komputer yg boleh dipilih (oleh pengguna) utk melaksanakan tindakan yg dinyatakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.nu] | مينو

Definisi : /ménu/ 1 senarai nama makanan atau masakan yg dihidangkan di sesebuah restoran dsb. 2 ist butiran dlm perisian komputer yg boleh dipilih oleh pengguna utk memberi arahan kpd komputer atau utk melaksanakan tindakan yg dinyatakan. ~ paparan ist menu pd skrin komputer utk pengguna memilih tindakan yg perlu dilakukan oleh atur cara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
action-object menumenu objek tindakanTeknologi MaklumatTiadaSistem menu yang terdiri daripada menu teratas yang merujuk kepada tindakan dan menu lapisan bawah pula merujuk kepada objek tindakan yang akan diambil.
gimmick menumenu gimikPentadbiran PerniagaanTiadaMenu untuk menarik pelanggan, contohnya menu Valentine.
combination menumenu gabunganPentadbiran PerniagaanTiadaGabungan menu table d'hote dan menu a la carte.
pop-up menumenu munculTeknologi MaklumatTiadaMenu yang muncul pada paparan di lokasi selain bar menu utama.
menu barbar menuTeknologi MaklumatPerisianObjek grafik yang wujud pada paparan antara muka grafik pengguna. Bar menu mengandungi senarai program yang dipamerkan dalam bentuk menu atau ikon yang boleh diklik. Pengguna boleh memilih atur cara yang hendak digunakan atau membuat arahan tertentu. Bar menu merupakan komponen asas pada paparan yang popular seperti Windows, Macintosh atau Gnome. Contoh bar menu adalah seperti yang berikut: Rajah 1: Bar menu
function menumenu berfungsiPentadbiran PerniagaanTiadaMenu yang membolehkan operator memilih bentuk arahan.
standardized menumenu piawaiPentadbiran PerniagaanTiadaMenu yang mengandungi senarai makanan yang dijual sama setiap hari.
souvenir menumenu cenderamataPentadbiran PerniagaanTiadaMenu yang dihadiahkan kepada pelanggan sebagai tarikan kepada pelanggan.
cyclical menumenu pusinganPentadbiran PerniagaanTiadaMenu yang mempunyai kitaran masa 7, 14, 28, 35 hari yang biasanya berdasarkan angka 7.
ghost menumenu hantuTeknologi MaklumatTiadaMenu paparan yang tidak aktif.
12345678

Kembali ke atas