Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : mengenakan atau menggunakan tuju pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cik Esah menuju ke pekan,
     Tumbuh kulat di kaki kuda;
Cik Esah cik tuan pesan,
     Kirim surat kupinang muda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tonsillar glandkelenjar tonsilBiologiHistologi dan SitologiKelenjar mukus yang terdapat di sekitar tonsil. Biasanya duktus kelenjar ini tidak menuju krip, sebaliknya menuju permukaan mukus.
point of attackpecah ceritaKesusasteraanTiadaPermulaan cerita yang biasanya bermula selepas eksposisi atau pada permulaan persembahan. Permulaan cerita biasanya ditemui dalam teater tradisional. Selepas pecah cerita, aksi akan menuju komplikasi, seterusnya menuju klimaks (puncak) dan penyelesaian komplikasi utama. Lihat juga puncak.
acropetalakropetalBotaniTiada1. Perkembangan organ menuju ke arah hujung, iaitu ke bahagian pucuk. 2. Pengangkutan sebatian dalam tumbuhan yang menuju ke arah hujung, iaitu ke bahagian pucuk.
topotaxistopotaksisBiologiEkologiOrientasi yang diikuti oleh pergerakan menuju atau menjauhi sesuatu rangsangan. Misalnya, gerak balas topotaksis pada protozoa yang menuju kepada cahaya serta makanan, tetapi menjauhi haba.
neutron cross sectionkeratan rentas neutronFizikAtom dan NuklearUkuran kebarangkalian berlakunya tindak balas tertentu antara nukleus dengan neutron yang menuju ke arahnya. Luas keratan rentas (s)dikira menggunakan rumus: dengan N = bilangan tindak balas tertentu, no = bilangan neutron yang menuju sasaran, dan nt = bilangan nukleus sasaran per unit luas bahan yang terdedah kepada neutron.
heading (direction)menuju (arah)MatematikTiadaTiada
boardpapan; naik; masukPelayaranTiadaMenuju atau berada di dalam kapal.
progressiveprogresifSejarahTiadaBerkaitan dengan menuju ke arah kemajuan.
rheotaxisreotaksisBiologiEkologiPergerakan haiwan menuju ke arah tertentu sebagai gerak balas terhadap rangsangan pergerakan air.
telotaxistelotaksisBiologiEkologiPergerakan haiwan menuju ke arah rangsangan, seperti cahaya. Misalnya Euglena yang bergerak ke arah cahaya.
12345678910...

Kembali ke atas