Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka ber­terang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. mem­beri keterangan (penjelasan), menerang­kan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjuk­kan oleh besi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
confidence theoryteori keyakinanPentadbiran PerniagaanTiadaTeori yang diukur dengan nisbah bon berkualiti tinggi atas bon berkualiti rendah bagi menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi. Pembelian bon berkualiti rendah menunjukkan keyakinan pelaburan terhadap ekonomi manakala pembelian bon bergred tinggi menunjukkan kesangsian terhadap ekonomi.
iatroiatroPerubatanTiada1. Awalan yang menunjukkan perubatan.,2. Awalan yang menunjukkan doktor
aerodrome beaconbikon aerodromAeroangkasaTiadaPenanda yang menunjukkan kedudukan aerodrom.,Penanda yang menunjukkan kedudukan aerodrom.
isobaric mappeta isobarikGeografiTiadaPeta yang menunjukkan titik-titik di permukaan bumi yang menunjukkan tekanan barometer yang sama.
piningmeranaVeterinarTiadaKeadaan haiwan yang menunjukkan sifat letih, tidak bermaya, bertambah kurus dan tidak menunjukkan kecerdasan, hilang selera makan serta mengalami kemurungan secara berpanjangan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penyakit kronik atau kekurangan sesuatu zat makanan. Selain itu, haiwan yang mengalami kekurangan kobalt juga boleh menjadi penyebab berlakunya keadaan merana.
saturation curvelengkung tepuKejuruteraanTiadaLengkung cirian yang menunjukkan arus lawan voltan dan lengkung ini menunjukkan arus tepu dalam kebuk pengionan.
isochore mappeta isokorGeologiTiada1. Peta menunjukkan ketebalan unit stratigrafi tertentu dengan menggunakan isokor.,2. Peta menunjukkan ketebalan bahagian kaksa suatu telaga minyak di antara sentuhan minyak-air dan batuan bumbung dengan menggunakan kontur.
reactivitykereaktifanKejuruteraanTiadaParameter yang menunjukkan pengisihan daripada keadaan genting dalam medium tindak balas rantai pembelahan nukleus, dengan nilai positif menunjukkan keadaan supergenting dan nilai negatif keadaan subgenting.
reactivitykereaktifanKejuruteraanTiadaParameter yang menunjukkan pengisihan daripada keadaan genting dalam medium tindak balas rantai pembelahan nukleus, dengan nilai positif menunjukkan keadaan supergenting dan nilai negatif keadaan subgenting.
hyetographhietografGeografiTiada1. Peta atau carta yang menunjukkan taburan kerpasan mengikut kawasan atau masa.,2. Graf yang menunjukkan kelebatan kerpasan mengikut masa.
12345678910...

Kembali ke atas