Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Kapal besar ditunda jongkong.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
obediencekepatuhanPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan menurut perintah, peraturan, atau hukum.
disclosure of documentpendedahan dokumenUndang-undangTiadaPendedahan dokumen tertentu menurut perintah mahkamah atau kuasa undang-undang oleh sesuatu pihak yang tidak semestinya menjadi pihak dalam sesuatu prosiding mahkamah.
loopgelungTeknologi MaklumatPerisianPerintah atau set perintah yang dilakukan berulang kali menurut jumlah dan syarat yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan gelung, sesuatu perintah itu hanya perlu ditulis sekali sahaja. Contohnya, dalam gelung ‘while’ dan gelung ‘for’, set perintah diulang selagi syarat yang ditetapkan dipenuhi. Contoh kod gelung dalam bahasa C adalah seperti yang berikut: x=0; while (x <= 3){ printf(x); x++; } Kod seperti yang di atas akan memaparkan nilai x selagi nilainya kurang atau sama dengan 3. Oleh yang demikian, atur cara akan memaparkan nombor seperti yang berikut: 0 1 2 3
by or at the instance (of the collector)oleh atau dengan perintah (pemungut)Undang-undangTiadaSesuatu yang dibuat atau dilaksanakan menurut atau seperti yang diperintahkan oleh sesuatu pihak.
anarchismfahaman anarkiSains PolitikHubungan AntarabangsaTeori politik yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang adil dengan memberikan hak kebebasan kepada setiap individu. Sebarang bentuk paksaan atau perintah daripada pihak pemerintah perlu dihapuskan. Fahaman ini menekankan manusia harus bebas bertindak menurut kemahuannya tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Kebajikan dalam masyarakat datangnya daripada kalangan individu masyarakat, bukannya daripada pemerintah atau negara. Asas andaian fahaman ini ialah sifat manusia secara fitrahnya adalah baik. Segala kejahatan atau keburukan dalam masyarakat disebabkan oleh campur tangan pemerintah atau negara. Sinonim anarkisme.

Kembali ke atas