Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menimbau boleh,
     menggala-gala tak tahu.

Bermaksud :

Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bendbelitanPerikananTiadaTeknik yang dilakukan untuk menyambung dua hujung tali, atau satu hujung tali dengan satu bahan lain seperti sauh atau besi berbentuk cincin. Terdapat pelbagai jenis teknik belitan yang digunakan untuk pelbagai tujuan yang berlainan. Contohnya, belitan nelayan digunakan untuk mengikat beban pada satu objek tetap, dan belitan bunga geti atau belitan geti berganda digunakan untuk menyambung seutas tali yang kecil dengan tali yang besar.
bullybuliSukanTiadaCara menyambung permainan selepas berlakunya kesalahan serentak oleh kedua-dua pasukan, atau apabila bola terselit pada kelengkapan pemain, atau apabila permainan dihentikan oleh pengadil atas sebab tertentu.
mengapuhmengapuhKesenianTiadaProses menyambung dua bahan ukir dengan menggunakan gam. Ini dilakukan apabila saiz bahan ukir tidak mencukupi.
equipluveekuiplufGeografiTiadaGaris yang menyambung titik-titik sebuah peta yang mempunyai pekali pluviometrik yang sama.
sisipsisipKesenianTiada2. Teknik menyambung helaian atau bilahan yang pendek dengan menyisip bilahan atau helaian tersebut pada celah mata anyam.
susupsusupKesenianTiada2. Teknik menyambung helaian atau bilahan yang pendek dengan menyisip bilahan atau helaian tersebut pada celah mata anyam.
eustachiumeustakiumPerubatanTiadaTiub yang menyambung telinga tengah ke farinks.
sequesambung bunyiPendidikanTiadaProses menyambung bunyi semasa rakaman.
pathlintasanFizikAkustikGaris yang menyambung titik-titik dalam ruang menandakan jalan yang ditempuh.
jointtanggamKejuruteraanKejuruteraan BangunanKaedah menyambung atau mencantumkan kedua-dua anggota struktur dengan cara membuat alur, pelidah ataupun takukan pada bahagian tepi atau hujung anggota yang akan disambungkan.
12345678910...

Kembali ke atas