Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pavilion receptionistpenyambut astakaPelanconganTiadaIndividu yang ditugaskan untuk menyambut atau memberi maklumat kepada tetamu di kaunter.
welcome centrepusat penyambutPelanconganTiadaTempat yang digunakan untuk menyambut pelancong dan dilengkapi dengan kemudahan seperti kios maklumat, restoran, tandas dan telefon.
throw and catchlambung dan sambutSukanTiadaKemahiran melambung dan menyambut semula alat gimrama.
arrival spaceruang tibaLandskapTiadaKawasan atau ruang yang disediakan untuk menyambut ketibaan tetamu sebelum dibawa masuk ke dalam bangunan atau taman.
jubilee issuekeluaran jubliPentadbiran PerniagaanTiadaKeluaran setem pos kenang-kenangan sempena menyambut ulang tahun sesuatu peristiwa.
entry spaceruang masukLandskapTiadaRuang yang disediakan berdekatan pintu masuk rumah untuk menyambut tetamu.
approach courtlaman ketibaanLandskapTiadaSatu kawasan lapang di hujung lebuh masuk yang digunakan sebagai tempat menyambut tetamu kenamaan sebelum dibawa masuk ke dalam bangunan.
opponent-colour theoryteori warna-lawanFizikOptikTeori penglihatan warna yang menyatakan bahawa pelbagai proses sistem pandangan boleh menyambut dalam dua cara yang berlawanan.
corporate eventacara korporatPelanconganTiadaAcara yang dianjurkan oleh organisasi untuk tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk, meraikan kejayaan atau menyambut ulang tahun syarikat.
zikirzikirKesusasteraanPuisiUcapan atau doa yang memuji-muji kebesaran Allah. Ucapan ini biasanya disampaikan dalam bentuk lagu seperti di majlis menyambut Maulud Nabi.
12

Kembali ke atas